Jumaat, 29 Julai 2016

Ziarah melembutkan hati

الحمدلله...  semalam berkunjung..menziarahinya dan keluarganya. Hari ini dia datang bekerja lepas hampir 2 minggu tidak menjenguk muka. Adakah disebabkan kunjungan kami atau memang dia berhasrat akan datang hari ini..wallahualam. 

Biarlah atas sebab apa pun..Allah sentiasa mempermudahkan urusan  pada kebaikan yang hambaNYA minta. Berbuat baiklah nescaya rahmat Allah semakin melimpah ruah terhadap kita.



Khamis, 28 Julai 2016

Persada tempat utk bersyukur

Sudah hampir 7 bulan berada di sini. Perlahan-lahan saya mengenali berbagai2 ragam yang adakala menitikkan airmata saya. Ķadangkala meningkatkan adrènalin pulak.
Yang paling tak lupa bila turun ke bawah. Meninjau kehidupan orang.

Kalau kita ŕasa susah..ramainya lagi yg susah di bawah sana. Ketika sibuk fikir makan apa yang sedap..di bawah sana sedang terfikir apa yang tinggal untuk di makan.