Khamis, 26 Mac 2015

Ilmu Di Usia Senja

    Menuntut ilmu ketika usia hampir senja begini bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Banyak laluan dan kekangan yang tidak boleh dirempuh tetapi terpaksa diharungi dengan penuh hemah dan teliti. Pasangan (suami/isteri), masa, tenaga, kewangan dan yang paling utama adalah emosi sendiri.

       Sebagai wanita yang sudah hampir 5 series, komitmen yang mengitari adalah perkara biasa malah bagaikan rutin. Itu belum lagi mengambil kira perasaan dan layanan  terhadap suami dan anak-anak. Namun lillahitaala itu yang paling penting. Insyaallah..Allah permudahkan tiap kebaikan dengan hikmahNYA yang sentiasa berantai dan berkesinambungan.


       #Tengah hafal surah al Insan untuk oral exam Qiraat Jama’ di hujung semester nanti. Teringat kata-kata Ustazah Uyun, hafal dengan bacaan Riwayat Hafs dulu, setelah itui barulah dengan Riwayat Kholaf (Hamzah) seperti yang diminta oleh Pensyarah. Hasilnya kita dapat hafal dua2 iaitu bacaan Hafs (bacaan seperti biasa kita sering baca) dan bacaan Riwayat yang diminta oleh pensyarah.

Sabtu, 14 Mac 2015

esok...hari dia

Jiwa rasa indah bila memberi. Apa lagi bila memberi pada orang yang kita sayang. Dan lebih indah bila orang itu turut sayangkan kita. 

Esok hari lahir sahabat. Seorang kekanda.Seorang insan yang bersih hatinya. Seorang hawa yang mulus hati. Melihat dia seperti melihat karakter ibuku. Halus, berwaspada dan menjaga kata2. 

Tuhan.,,temukan kami semula di syurga nanti. 

Rabu, 11 Mac 2015

ibnu amir

Hari ini berkenalan dengan imam Ibnu Amir bersama perawi2nya ibnu zakwan dan hisyam. Bukan peribadi mereka, tapi manhaj mereka.

Rupa2nya banyak idgham soghir yang boleh terpusing otak untuk mengingatkannya. huruf zal idgham ke dalam huruf ta. Huruf dal idgham ke dalam huruf jim. Unik. Itulah asyiknya manhaj ibnu amir. 

Manhaj waqaf hamzah dan hisyam. Huuu....istimewa sungguh. Teringat bagaimanalah ustazah uyun yang dikasihi boleh ingat dan hafal semua manhaj ni. Bahkan antara kesayangan syeikh di sana. Maha suci Allah yang menemukan aku dengan insan dan wanita hebat ini. 

~mujahadah itu indah~



.

qiraat di hati...

Sabtu lepas, hari ke3 kelas qiraat jama' di uia. Semakin teruja dengan ilmu alQuran yang tinggi ini. Biarpun terasa sukar tapi kepuasannya tidak dapat dihuraikan. Itulah mukjizat alQuran. 

Imam Hamzah yang membuatkan aku menggaru kepala. Perawi Kholaf yang istimewa...bersaktah, idgham tanpa ghunnah. Kholad yang bersahaja. Warsy yang sering memancing tabung oksigenku. Syu'bah yang kelihatan simple. Ibu Zakwan dan Hisyam yang aku masih tercari-cari identiti. Qalun yang menjadi kemudi bacaan. Susi yang gah dengan  idgham kabir. Duri dengan tawassutnya.

Apa lagi ilmu yang lebih nikmat daripada ini? Tidak ada. Jiwaku bagaikan meresap dalam ilmu Allah yang hebat ini. Sesekali seperti teringin menemui imam-imam hebat qiraat ini dalam mimpiku. 


Ujian itu ibarat penyakit

Ujian itu ibarat penyakit, tidak dapat tidak ianya memerlukan masa sehinggalah ia sembuh. Barangsiapa terburu-buru untuk membuangnya, maka keadaan tubuhnya akan semakin memelha dan semakin parah. 

Demikian pula dengan musibah dan ujian, tidak dapat tidak ianya memerlukan masa sehingga ia hilang bersama bekas-bekasnya.

Oleh itu kewajipan orang yang mendapat ujian adalah bersabar, menunggu datangnya jalan keluar dan sentiasa berdoa.

~DON'T BE SAD
Dr 'Aidh

kendalikan perasaan...

Emosi yang tidak terkendali hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri sendiri. Sebab, ketika seseorang sedang marah, maka kemarahannya akan meluap dan sukar dikendalikan. Dan itu akan membuat seluruh tubuhnya gementar, mudah memaki siapa sahaja, seluruh isi hatinya tertumpah ruah, dan ia akan cenderung bertindak mengikut nafsunya. 

Sekiranya ia mengalami kegembiraan, ia menikmatinya secara berlebihan, mudah lupa diri dan tidak ingat lagi siapa dirinya.

Allah menyebut, bahawa manusia adal\ah makhluk yang senang menyebut dan berbangga diri. Namun, ketika ditimpa kesusahan manusia mudah berkeluh kesah, dan ketika mendapatkan kebaikan manusia menjadi kikir kecuali orang-orang yang menunaikan solat. Mereka itulah orang-orang yang mampu berdiri seimbang antara gelombang kesedihan yang keras dan luapan kegembiraan yang tinggi. Dan mereka itulah orang-orang yang sentiasa bersyukur tatkala mendapat kesenangan dan bersabar tatkala ditimpa kesusahan.

Oleh kerana itu, siapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa, baik yang memilukan dan juga yang menggembirakan, maka dia berhak mendapat penghargaan berupa hati yang teguh dan stabil serta memperoleh kebahagiaan yang tenang dan kenikmatan kerana berjaya mengalahkan nafsu. 

~DON'T BE SAD
D 'Aidh AlQarni

Ahad, 8 Mac 2015

syukur dan sabar

Orang yang hasad gagal melihat hikmah di sebalik nikmat yang sedikit dan banyak. Oleh sebab itu, dia gagal bersyukur dengan apa yang ada dan bersabar dengan apa yang tiada.

Syukur dan sabar itulah 'harta' yang menyebabkan jiwa menjadi kaya.

-pahrol-

Isnin, 2 Mac 2015

Nikmat bertarannum

Sudah masuk bulan ke3 kelas tarannum berlangsung. Alhamdulillah... biarpun diuji dengan sedikit dugaan yang terpaksa diharungi pada awalnya. Sesungguhnya segala yang berlaku ada hikmahNYA. Hanya DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. 

Syukur alhamdulillah.. Dalam usia begini, masih sempat berkongsi nikmat bertarannum dengan sahabat-sahabat yang berminat. Untuk mengajar sendiri, saya takde ilmu. Kepada Ustazah Natiah, terima kasih tak terhingga kerana sudi mengajar kami yang sudah veteran ini dengan sabar.

Kepada sahabat-sahabat, saya terharu dengan semangat daripada kalian. Bakat terpendam yang ada, serlahkan.  Puas rasa hati bila ada yang menunjukkan peningkatan. Sama-samalah kita hayati sunnah Rasulullah ini. Bukan sahaja dapat ganjaran pahala, tapi nilai diri kita juga insyaallah bertambah. Selangkah kita dekati Pencipta, berjuta-juta langkah DIA dekati kita, mendakap kita dengan penuh kasih. 

Ahad, 1 Mac 2015

terkejut

Terkejut. Dalam usia begini saya dapat invitation untuk kelas master bellydance. Allahu akbar! Mungkin sesaat lagi nafasku terhenti. 

Terima kasih ya Rabb, KAU sibukkan hambaMU yang dhaif ini dengan kelas2 alQURAN. Sehingga KAU temukan aku dengan insan2 soleh dan solehah yang berhati mulia. Bersihnya jiwa mereka bermula dari tutur kata hingga pada perbuatan dan perlaksanaan. Takde istilah mulut lain, hati lain,perbuatan lain.

Saya teringat kata2 Ustaz Rahim Jusoh,  pensyarah qiraat jama', kita dah takde masa dah untuk berhibur2, bersuka2...dunia semakin singkat. Kita kena cepat merebut tempat di SANA, tempat abadi. Apatah lagi bagi usia yang hampir separuh abad.

Bersenam hanya untuk riadah. Agar mudah dan cergas untuk kita beribadah.

Kadang2 kita kena check diri kita. Kita banyak buat yang sunat ke yang harus. Yang haram kita tak mau buat, cuma kadang2 kita tak sedar kita dah buat.

jauh drive...

Hari ke2  kelas Qiraat jama' di UIA. Drive sendiri. Seram tapi itulah dugaan yang harus ditempuh. Allah..nikmatMU terlalu luas. Mudah2an ilmu yang ditimba ini memberi manfaat juga kepada insan lain. 

Tadi first time drive sendiri sejauh itu. Dan...guna touch n go juga furst time hinggakan tak tau beza touch dengan dekatkan. Panik. Mujur guard tiada di situ.

Apa pun kelas qiraat memang the best. Satu2nya ilmu yang tidak saya sangka dapat saya kutip dalam usia begini.

Mata kelat. Esok pagi ada kelas taranum. Bantal menggamitku. Malam ni bertaranum dalam mimpi.