Sabtu, 31 Mei 2014

Tanda Hati Kotor

Photo

Nabi Memilih majlis Ilmu


JENDELA ROHANI MTMZA

Majlis Ilmu

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. bertemu dua kumpulan muslimin . Satu kumpulan sedang beribadah sambil bermohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. , manakala satu kumpulan lagi sedang mengadakan majlis ilmu . Kedua-duanya baik , tetapi Nabi memilih yang terlebih baik .

Nabi s.a.w. memilih majlis ilmu yang sedang berlangsung . Baginda duduk bersama-sama kumpulan kaum Muslimin yang hadir dalam majlis tersebut . Walaupun Baginda seorang Nabi dan orang yang alim serta paling berilmu di kalangan sekalian manusia , Nabi tetap cinta kepada ilmu pengetahuan .
Malah pada bulan Ramadan , Nabi s.a.w. akan bertadarus al-Quran dengan Malaikat Jibril a.s. Nabi membaca dan Malaikat Jibril a.s. mendengar sambil menyemak bacaan Nabi . Ia juga termasuk dalam proses belajar .

Nabi s.a.w. bersabda , " Ilmu itu merupakan khazanah (perbendaharaan) anak kuncinya ialah bertanya . Kerana itu bertanyalah kamu, kerana dengan bertanya itu akan diberikan ganjaran empat golongan . ( Iaitu ) orang yang bertanya , orang yang mengajar , orang yang mendengar dan orang yang mencintainya ." ( Riwayat Abu Na'im daripada Sayidina Ali )
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar).

Pengajaran hadis:

i) Ilmu menduduki darjat yang tinggi di sisi manusia dan juga di sisi Allah S.W.T. Orang yang berilmu akan dimuliakan oleh penduduk langit dan bumi sebaliknya bagi orang yang tidak berilmu. Oleh itu setiap mukmin hendaklah berusaha mempertingkatkan kemajuan dirinya sama ada :
a) Menjadikan dirinya orang alim (berilmu) yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain 
b) Menjadi orang yang belajar (menuntut ilmu)
c) Mendengar atau mengikuti majlis-majlis ilmu.
d) Menghormati atau mencintai salah satu atau ketiga-tiga golongan di atas dengan menurut jejak langkah mereka.

ii) Dengan adanya sifat-sifat yang disebutkan di atas maka kehidupan seseorang itu akan sentiasa terjamin untuk mendapat keselamatan dan kebahagiaan jasmani atau rohani kerana ia sentiasa berada dalam jagaan ilmu pengetahuan yang memimpinnya ke jalan yang benar dan memberinya kesedaran untuk memilih antara yang baik dan yang buruk.

iii) Manakala mereka yang tidak termasuk dalam golongan tersebut atau yang dipanggil masyarakat sebagai ‘bodoh sombong’ maka mereka adalah golongan yang bakal mendapat kebinasaan kerana mereka tidak ada pimpinan yang dengannya dapat memandu kepada kebaikan melainkan hidup terumbang ambing dan tenggelam dalam kesesatan. 
Wassalam

~JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Masa Muda Untuk Masa Tua

Photo: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apabila seorang hamba sakit atau bermusafir maka Allah tetap menuliskan pahala untuknya seperti yang telah dikerjakannya dalam keadaan sihat atau sedang bermukim. (HR Ahmad & Imam Bukhari)

Money Can't Buy Everything

Photo

Jawab Rasulullah...


Semoga kita renung diri kita
- HADIS TERUNGGUL -

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” 

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?” 

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas anta sekelian yang seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua. Insyallah...

Syukran Jazilan.
Wassalammualaik.

~ Prof Dr Muhaya

Jumaat, 30 Mei 2014

Salah sangka Pemusnah

Salah sangka itu umpama bara. Bila ditiup, nyalaannya boleh membakar...memusnah. Andai dibiar, belum tentu akan padam sendiri. Boleh jadi makan diri atau merebak ke mana-mana.

Salah sangka pemusnah hubungan. Peluntur rasa cinta. Pembunuh kepercayaan.

Rabu, 28 Mei 2014

Beruzlah seketika...

Ada kalanya, kita takde pilihan. Beruzlah seketika. Bertafakur. Bukan mencari kedamaian. Tapi sekadar untuk menghilangkan rengsa. Rimas apabila diperhatikan untuk keperluan dunia. Selesa bila berdua denganNYA, rabbul izzati.

Ada yg terpaksa dipotong kerana ternyata mereka menjadi ranting yang menyucuk2 teras. 

"Sahabat...dekati sahabat seadanya. Dengan apa yang ada dan tiada. Dalam usia samar2 senja, kita hanya ada masa untuk DIA yang MENCIPTA. Masa semakin suntuk. Nikmat sudah terlalu banyak dirasa tapi ibadah boleh dikira. Acapkali kita terlupa priority hidup sendiri, apatah lagi sebagai isteri. Sedangkan kemampuan tiap insan tidak pernah sama. Raih sisa2 usia bukan kerana manusia, tapi kerana DIA yang Memberi dan Menguji."

TUHAN..rahmati Cintaku

Diam tak diam sudah genap 2 bulan saya bertalaqqi qiraat imam IBnu Kathir secara personal di rumah dengan  ustazah Uyun. Kitab alQuran 10 imam bagaikan teman sejati sejak akhir2 ini. Bila pergi melancung sekalipun, kitab ini mesti turut serta. 

Mungkin inilah namanya "kalau sudah suka, semuanya indah saja". Segala puji bagiMU TUHAN, menanamkan rasa cinta pada kalimahMU dengan pelbagai qiraat, dalam hati hambaMU ini.

Ahad, 25 Mei 2014

Bosan? al Quran Teman Sejati

Ada kalanya kita rasa bosan. Kosong. Perasaan itu datang tiba-tiba. Ubatnya, ambil wudhu'. Capai alQuran. Bacalah...dengan nama Allah. Jiwa kita akan rasa aman. Tenang . Feeling sweet. Hati penuh dengan taman. Insyaallah. 

Orang yang sibuk dengan kalam Allah, sibuk ingin bercakap dengan Allah,sibuk ingih mendengar bicara Allah..tidak pernah bosan. Tak pernah rasa kosong. Tak pernah dilanda sunyi. Malah tak pernah stress. 

Sabtu, 24 Mei 2014

nasihat Untuk 50an


Nasihat dr Prof Dr Harlina Siraj

10 nasihat untuk yg dah umur 50 tahun ke atas. Yg dah 50 tahun tu mula2 la berlatih..

Yg da hampir 50 tahun boleh bersedia

Yg lambat lg nak ke umur 50 thn boleh kongsi dan bantu mak ayah..jk masih ado..

1. Fokus pada nk menggembirakn orang lain..skrg bukan masa untuk cari harta je..

2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut enjoy hidup anda dan ganti apa yang xdpt buat sblm ni.. klu mampu pergilah melancong.jgn tinggalkn apa2 kpd anak2 yg boleh buatkn anak2 bergaduh. Dgn meninggalkn sesuatu akn bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

3. Lakukan pd saat ini dan sekarang..bukan smlm dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal.smlm telah pergi dan esok mungkin xkan berlaku

4. Bergembira dgn cucu2(jika ada) tapi jgn jadi full time baby sitter.tu bukan tanggungjawab anda utk jaga mereka. Jgn rasa bersalah x jaga anak sape2 pn termasuk cucu sendiri.tanggungjawab anda adlh terhadap anak2 anda.slps mereka dewasa dn mnjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak2 anda sendiri yg jaga anak2 mereka.

5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain2 ksakitan fizikal. Ia adalah sebahagian drpd proses meningkatnya umur. Enjoy keupayaan kesihatan yg anda ada. 

6. Enjoy siapa diri anda dn apa yg anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yg tiada pd anda.jika anda xdpt apa yg anda nk, ketahui la tu semua da terlambat.

7. Berbahagia lah dgn pasangan anda, anak2, cucu dn rakan2 anda. Mereka yg betul2 sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bkn apa yang anda ada.mereka yg sayangkan anda kerana apa yg anda ada mereka itu x ikhlas..hnya pura2.dan awak pasti tahu siapa mereka sekarang.

8. Memaafkn dn terima kemaafan.maaf kn diri sendiri dn org lain. Lapangkan minda dn hati.

9. Berkawanlah dgn kematian ia kitaran semulajadi dlm kehidupan. Jgn takut akan ia. Kematian adlh permulaan hidup yg lebih baik.jadi bersedia lah bkn untuk mati tetapi hidup untuk bertemu yang maha esa ( ALLAH) 

10. Hiduplah dengan aman bersama yang maha esa. Untuk..Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini. 
-DR HARlINA Hj Siraj-

Rahsia Suami/Isteri

Photo

Gaya Sendiri

Photo: Kejayaan sebenar dalam kehidupan… Tatkala kamu mampu hidup dengan gaya yang kamu inginkan. 

Pastinya bagi kita orang islam berlandaskan Al Quran dan As Sunnah.

Senyum

Jom Like FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Ahad, 18 Mei 2014

DIAlah 1st priority

Kadang2...malah sering2 juga yang kita cari dulu adalah manusia, bukan Tuhan. Baik sedih maupun suka. Duka apatah lagi gembira. Sedangkan yang memberi adalah DIA, Rabbul Jalil arRahim arRahman.

DIA yang tak pernah lupakan kita, biarpun kita derhaka dan lalai sentiasa. Ampunkan hamba2MU yang lemah ini, ya Allah.

Jumaat, 16 Mei 2014

Kekayaan LAWANnya Kecukupan

Renungan pagi ni ..
Cuba isi jawapan di bawah ini (sila jawab dengan jujur dalam hati kita masing-masing) :
1. Allah menciptakan TERTAWA dan .......
2. Allah itu MEMATIKAN dan ......
3. Allah menciptakan LELAKI dan .......
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ......

Majoriti kita akan menjawab:
1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakin jawapan anda itu betul?
Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48. sebagai berikut:
"dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43).
"dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44).
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45).
"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).
Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.
Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jwpn yg salah)
Jawapan versi Allah dalam Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN...

Maa syaa Allah..!!!
Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya.
Yakinlah!
Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP...
Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana di dalam kesusahan dan kesedihan pun adalah rezeki dr Allah SWT..
Semoga BERSYUKUR kita bernilai ibadah..
Aamiin Ya Rabbal 'aalamiin.'

Ustaz Zahazan Mohamed

Kembara Dunia

"..hidup ini adalah kembara merentasi benua yang mencabar. Ketakutan dan cabaran menghambat kita di mana-mana. Namun Allah menyediakan berbagai bekalan kekuatan yang jika dihayati, diselami dan dihirup ke dalam urat nadi akan menjadikan insan sabar dan yakin dalam meneruskan kembara ini.
Antara bekalan yang disediakan ialah solat, terutama di qiyamullail. Esakan dan tangisan rintihan di malam yang sunyi adalah nikmat yang tidak gambarkan. Airmata rintihan dan pengakuan diri di hadapan Allah atas kelemahan dan dosa, juga pemohonan atau doa agar diberikan limpah kurnia, itu semua adalah kenikmatan yang tidak dapat difahami melainkan sesiapa yang merasainya. Dalam sebak tangisan itulah insan merasai nikmat menghambakan diri kepada Tuhan Yang Maha Agung. Itulah bekalan dalam merempuh cabaran dan dugaan hidup.
Demikian juga Ramadan, kedatangannya selalu memberikan kekuatan baru dalam hidup ini. Tangisan dan esakan di kesunyian malam ketika sendirian, maka tanpa riyak dan ujub, membawa kekuatan kepada diri insan dalam menerusi agenda perjalanan hidup. Begitulah juga, haji dan umrah. Segalanya apabila ditunaikan dengan jiwa yang merendah kepada Allah, lidah yang memohon ampun dan kurnia, ia adalah bekalan kekuatan yang maha ajaib."

~Dr MAZA

Hilang Solat,Hilang Yang Lain

Rabu, 14 Mei 2014

Berdamai Dengan Musuh?


Kalau kamu kenal nilai sebenar harga dirimu, kamu tidak akan hinakannya dengan maksiat.

Sesungguhnya Allah menghalau iblis dari rahmatNya kerana ia tidak sujud kepada dirimu. Alangkah peliknya bagaimana kamu boleh berdamai dengan musuh dan tinggalkan kekasih



Imam Ibnu Qoyyim



Senyum

~Ustaz tuan Ibrahim Tuan Man

Antara Ribut dan Tenang

Alkisah laut bergelora

Sekumpulan sepuluh kawan sedang menaiki kapal untuk merentasi benua. 

Mereka bergilir-gilir mengemudi kapal. Pengembaraan laut mereka tenang sehinggalah mereka tiba di sebuah kawasan ribut di tengah laut.

Angin dan hujan lebat mengayunkan ombak setinggi 5 meter 2 kaki yang ganas.

Antara 10 sahabat tadi, hanya AChik tidak panik melihat keadaan laut ganas.

AChik terus mengemudi kapal untuk mengharungi ribut tersebut. AChik membuat keputusan untuk belajar ke arah selatan untuk menjauhi ribut meskipun destinasi mereka di arah utara.

Ada yang tidak bersetuju. Ada yang setuju. Akan tetapi, AChik terus mengemudi mengikut keputusannya. Yang penting semua selamat. 

Keputusan AChik terbukti betul. Semua terselamat. Achik menukar haluan kembali ke utara melalui tepi ruangan ribut.

Tetiba seorang sahabat bernama Aziz bersuara:

“Ada sebabnya Allah menjadikan laut bergelora. Kalau laut tenang sahaja, semua boleh jadi kapten kapal ini. Tapi dengan ribut tadi, baru kita tahu siapa antara kita betul-betul layak jadi kapten,” katanya sambil menepuk bahu Achik.

Wahai anakku,
Di dalam bahtera perjuangan ini, kamu tidak mungkin dapat lari daripada ribut taufan. Tapi pada waktu ini jugalah, kamu akan dapat melihat perkara yang terlindung daripada kamu di hari-hari yang tenang.

Senyum

~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Wanita Idaman lelaki


Antara ciri-ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Dia tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki.

3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang mempunyai sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.

4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan kerana wanita akan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan dirinya. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.

5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia atau dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.

6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka mencuci mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita itu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.

7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan boleh menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.

8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.

9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata Memandang adalah:

- Bersopan satun.
- Sentiasa memaniskan wajah.
- Sentiasa memberikan senyuman yang ikhlas.
- Menutup aurat.
- Tidak terlalu cemburu.
- Menghormati orang lain.

~Dr Fadzillah Kamsah

Cinta Adalah Rezeki

Cinta adalah rezeki. Bak kata Nabi s.a.w tentang isterinya Khadijah: "Aku telah direzekikan cintanya" (Riwayat Muslim). Apabila ada orang mencintai kita itu merupakan rezeki kerana bukan semua orang dicintai. 
Seseorang yang beristeri ataupun bersuami belum tentu mendapat nikmat 'dicintai' ataupun 'mencintai'. Apabila kita mempunyai isteri ataupun anak yang cinta dan kasih kepada kita maka bersyukur atas rezeki cinta itu.
Apabila ada orang tampil menyatakan cinta dan kasih kepada kita, maka kita bersyukur. Mungkin kita dapat membalaskan kembali cintanya dalam bentuk ikatan tertu, mungkin juga tidak. Namun rasa cintanya kepada kita amat kita syukuri kerana ramai orang tercari-cari cinta dan kasih sayang di sana-sini tidak berjumpa sedangkan kita memperolehinya. Apa yang penting urusan cinta dan kasih itu dikendalikan dengan cara yang betul.
Apabila seorang sahabat memberitahu Nabi s.a.w bahawa dia menyayangi seseorang kerana Allah. Nabi s.a.w menyatakan: "Beritahulah dia". Lalu orang itu memberitahunya: "Aku mencintaimu kerana Allah". Lelaki itu menjawab: "Moga Allah mencintai engkau yang mencintaiku keranaNYA". (Riwayat Abu Daud).
Terima kasih kepada semua mesej cinta dan kasih, moga Allah memberikan kebaikan untuk kita semua.

~Dr MAZA

Buang perkataan Stress!

Manusia mudah terbawa-bawa oleh perasaan. Stress! Itulah perkataan favourite. Walhal stress itulah yang memenjara hatinya dari menjenguk bahagia. Tapi lidah masih tetap suka menyebutnya. Pelik,bukan!

Indahnya kalau perkataan stress itu diganti dengan Ya Allah.. Sebut dengan lidah dan terus meresap ke hati..rasakan dalam perasaan...getaran..biarkan air mata menitis... Kemudian, berdua-duaan denganNYA...solat!

Isnin, 12 Mei 2014

Manisnya Masa

Semalam melawat anakanda di plkn buat kali ke2. Dia banyak bercerita.  Yang pelik, yang seronok, yang bosan..opps! Hatinya begitu menggeletek nak balik...

Yang seronok, masa riadah petang pukul 5. Macam2 boleh main. Futsal, bola sepak, takraw, basket ball...

Yang bosan, masa beratur dan menunggu sesuatu  Juga masa berkawad. Memang tak sesuai jadi anggota beruniform nampaknya.

Yang pelik, ada orang 'lepaskan hajat besar' kat dalam bilik air..bukan kat lubang tandas. Heeee..... kami ketawa besar.

Satu pelajaran yang dia dapat, dia dah pandai basuh kain dengan tangan. Dan acara basuh kain itu menyeronokkan dia. .main air..

Untuk generasi baru... disiplin memang sering membosankan..menyakitkan. Tapi itulah sikap paling penting dalam akhlak manusia. Tanpa akhlak, hidup bukan tambah bosan, tapi akan musnah. 

Bila seorang buat salah, semua kena hukumannya. Itulah erti kerjasama, saling mengajak pada kebaikan. Itu hanya gambaran kecil hidup berkomuniti. Dunia yang lebih luas ini akan anakanda teroka selepas ini.

"DUNIA memang BUKAN tempat untuk BERSERONOK..tapi tempat bersedia untuk kita BERSERONOK di AKHIRAT."

DIA maha mendengar

Membaca surat tawaran anak untuk menyambung pelajaran di ipt, tekak seperti tersekat. Sebak. Sudah mula dewasa dia. Terkenang semuanya. Sejak darjah satu hinggalah tingkatan lima, mulut inilah yang memberinya tiusyen, mulut inilah yang mengajarnya mengaji. Dan kini Allah tunaikan permintaan hambaNYA yang sering lalai ini agar mempermudahkan kehidupan kami. Subhanallah...DIA yang maha mendengar.



Jumaat, 9 Mei 2014

Keajaiban Taubat

Hiburan umpama Garam

Hiburan dalam Islam hanya diperlukan dalam kuantiti yang sedikit...seperti kuantiti garam dalam masakan. Perlu memang perlu tetapi hanya sedikit. Mengapa? Kerana jika semua tuntutan ajaran Islam dilaksanakan. umat Islam akan terhibur secara automatik. Islam itu sendiri bermakna sejahtera. Maka mengamalkan keseluruhan ajaran Islam akan memberikan segala unsur yang membawa kepada kesejahteraan, ketenangan dan keseimbangan.

"Tanpa garam, masakan akan hilang keenakannya. Namun kalau garam berlebihan, akan rosaklah keenakan rasa makanan".

Sementara hiburan yang MELALAIKAN, yang sangat diminati dalam dunia masa kini, banyak yang melalaikan. Biarpun beralih daripada satu lagu ke satu lagu, dari satu filem ke satu filem, dari satu program/aktiviti ke satu program/aktiviti, ketenangan hakiki tidak juga ditemui. Hiburan seperti ini umpama pil pain killer (ubat penahan sakit). Fungsinya bukan untuk mengubati penyakit tetapi hanya menahan rasa sakit untuk sementara waktu. Bila kesan ubat itu hilang, rasa sakit itu kembali lagi.

"Manusia hari ini menikmati hiburan yang melalaikan seumpama meminum air laut. Oleh sebab tekak sangat dahaga, air laut terus diminum. Namun sia-sia. Semakin diminum semakin haus jadinya."

~Buku; SEMUANYA SOAL HATI
          Pahrol muhamad Juoi

Khamis, 8 Mei 2014

Kurangkan Gula

Photo: Kurangkan gula...

Musykil Ubat?(Farmasi Malaysia Call Center)

Photo: PERINGATAN UNTUK SEMUA SAHABAT,

Nak tahu pasal product ini buat apa call penjual.mereka dh pasti ckp yg baik2 jer.mereka pasti nk lakukan product jualan mereka.jika mereka tipu, siapa yg tahu

Baik call KKM
ni number nya
Toll free line lagi
Pusat panggilan farmasi kebangsaan
1800 88 6722

Jika penjual kata product ini bkn ubat.tp makanan tambahan. Why not korang call sendiri bhgn Pemakanan KKM
Tgk sahih x.tanya sendiri...betul ke bhgn Pemakanan kkm luluskan product ini
03 8883 3888 (minta sbgkn ke bhgn Pemakanan kkm)

Oh yer. Jika product ada logo jakim.jgn lupa siasat juga.sahih ke x logonya tu.betul ker jakim luluskan. Iklan jualan product pun kadang2 gambar sexy x tutup aurat.ni number jakim.
03 8886 4000

Jd pengguna bijak.Dapatkan info di tempat yg betul, sahih&berkecuali.jgn mudah tertipu! RUJUK MEREKA YANG PAKAR SAHAJA !

Elak Takabbur

Photo: As salamu'alaikum shbt. Mari berlumba lumba utk memulakan memberi salam agar Allah syg & terhakis sifat yg negatif spt riak ujub & takabbur. Moga Allah berkati setiap usaha kita. Aamiin, wassalam.

4 Keadaan Hidup Manusia

Photo: Hidup manusia dalam 4 keadaan:

Samada dalam ketaatan... ia perlu teruskan.
Samada dalam maksiat... ia perlu istighfar.
Samada dalam nikmat... ia perlu syukur.
Samada dalam bala... ia perlu sabar.

Senyum

Jom Like FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Nasihat Umar bin Khattab R.A

Petunjuk Hati Kotor

Antara petunjuk hati kotor dan sedang jauh dari rahmat Allah ialah apabila dibacakan kalam Allah atau yang membawa kepada Allah & hari akhirat, orang itu akan merasa jemu, mengantuk atau tak peduli.
Namun apabila mendengar bahan2 lalai dan hiburan mereka mendengar dengan PENUH SEMANGAT dan apabila dibuai lagu dan nyanyian mereka tubuh mereka seolah berdansa lalu bergerak-gerak mengikut rentak dan menghafal liriknya dengan semangat. Na'uzubillah min zalik.
Fakta di atas adalah dipetik dari firman Allah dari surah Az-Zumar ayat 45.
Mari bermuhasabah dan rahmat Allah swt masih terbuka bagi yang bertaubat..sebelum ruh berada di kerongkong.
~Dr Zaharuddin Abd Rahman

Sahabat Sejati

Photo

RISAU

Photo: Salam rejab... :)

Be Somebody Before U Be Nobody...

Renungan Hari Ini:

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. Believe in "Cause and Effect". Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai..

Be Somebody Before U Be Nobody...

~Shared

Kawan Bukan Sahabat

KAWAN BUKAN SAHABAT


Kawan saya ramai. Kemudian satu persatu hilang. Oleh fitnah atau mungkin oleh sikap saya yang tidak disenangi. Saya terima. Saya teliti balik kawan-kawan saya. Mereka datang ke rumah. Mereka datang ke pejabat. Mereka selidik siapa kawan-kawan saya. Mereka geledah jenis makanan saya. Buku yang saya baca. Meneliti sikap saya ketika berhadapan dengan masalah atau ditimpa musibah. Pergaulan saya atau pemakaian saya.

Mereka meminta petua hidup bahagia kerana pada mereka saya bahagia. Mereka katakan kepada kawan-kawan, sayalah guru. Sayalah idola dan segala kata baik. Perlahan-lahan saya jadi malu. Resah memikirkan. Takut musibah persahabatan. Bimbang ujian Allah mendatang. Dan, akhirnya ketakutan itu jadi nyata. Fitnah persahabatan muncul satu-satu. Pun, saya telah bersedia. Saya katakan kepada hati, mereka itu cuma jasad ujian yang Allah datangkan kepada saya. Redalah. Allah hapuskan mereka dari senarai kawan-kawan saya justeru mereka telah banyak mencuri waktu saya. Jadi, saya tidak kesal. Malah bersyukur Allah menghindarkan mereka dari dalam lingkungan peribadi saya.

Hari ini Allah hadirkan beberapa insan yang tidak sedikitpun meminta apa-apa. Tidak pernah memuji dan menyebutku begitu begini. Kami ada waktu untuk makan dan berbual dalam sibuk. Ada masa kami berkongsi cerita tentang cili api atau belimbing buluh atau kucing hitam di gerai makan. Bahagia. Sungguhlah benar firman-Nya, kunfayakun. Fahamlah saya, Allah datangkan ujian 'kawan-kawan' untuk memberi saya 'beberapa sahabat'. Alhamdulillah.



~Ana Balqis

Tentang Aurat

TENTANG AURAT

Pabila habis umur seseorang anak adam, mereka dikafan sebelum disemadikan di lahad. Kain kafan perempuan lima lapis manakala lelaki tiga. Kalian tahu kenapa perempuan kafannya dilebihkan daripada lelaki? Aurat, kerana aurat perempuan itu lebih.

Aurat itu bukan cuma kulit badan atau rambut. Bertudung tetapi masih berpakaian ketat, masih bersanggul tinggi dan jikalau bercakap bermanja-manja. Itu masih belum dikira menjaga aurat. Sebaliknya kehidupan itu sendiri seluruhnya aurat kecuali di dalam rumah. Suara, penampilan diri malah jelingan mata. Kenapa banyak sangat aurat perempuan?

Seperti al-Quran yang tersimpan segala rahsia Allah, begitulah Dia mahu perempuan menjaga rahsia. Ingatlah anakku, auratmu itu maruah Islam.



~Ana Balqis

Islam Apa Kita Ini?

PESAN SABARIAH

SABARIAH duduk di depanku, menghulurkan seikat rebung dan petai. Aku terlopong. Aku baharu teringat tentang rebung. Teringin sangat nak makan masak lemak cili api rebung. Campur udang hidup. Aku perlahankan nada yang menghias komputer kerja.


"Dah umur-umur macam kita ni, aku rasa baiknya kita dengar zikir-zikir je. Hati hidup, jiwapun segar. Lagu-lagu ni, aku rasa dah tak sesuai."

Bukan lagu tu. Itu gesekan biola gemulah Idris Sardi dalam siri selawatnya. Aku suka sebab gesekan itu buat jiwa aku tenang.

"Idris Sardi tu, siapa?"

Tokoh muzik Indonesia. Aku kira lebih hebat daripada Vivaldi.

"Hmm ... kita ni banyak lupa. Muzik melalaikan pun kita kata ok, hiburan jadi subjek utama. Baca gosip artis tiap hari tapi nak buka Quran sekali seharipun susah, kalau page artis tak ada yang kita tak tau. Komen sikit punya berjela kat wall pelakon pujaan. Asal ada pelakon dalam sesatu majlis, kitalah nombor satu posing. Kalau ada orang agama dalam majlis, kita tak endahpun. Tak pernah kisahpun. Eh, tak malu ke? Esok kalau Allah tanya ke mana kita habiskan masa di dunia ni, macam mana kita nak jawab?"

Aku diam. Tak terjawab.

"Kalau ada orang tulis tazkirah di wall, kita kata nak tunjuk alim. Kalau tulis yang baik-baik, kita kata diapun dua kali lima. Kalau adalah tengok ceramah agama di komputer pun, pilih-pilih ustaz. Islam apa kita ni?"

Aku mengeluh. Terasa nafas memendek. Astaghfirullah.



~Ana Balqis

Makna Sahabat

Makna sahabat itu bilamana kita selalu memikirkan kebahagiaannya. Mengingat dan mendoakan. Mencukupkan yang kurang, membaiki yang punah atau menghibur resahnya. Menjadi sahabat itu bermakna kita menjadikan diri kita sebahagian daripada mereka. Tanggung sama susahnya dan biarkan dia terbang lepas tatkala senang. Tidak merajuk atau meminta balas. Sedia mengerti, kita sahabatnya bukan peminta-minta.


~ Ana Balqis

Petua Isteri Sentiasa Cantik

Mendoakan Musuh

"Aku telah mendoakan musuh ku tetapi dia terus memusuhi ku, mengapa? "

Hati ku menjawab, "teruskan berdoa, Allah sedang menguji keikhlasan mu!"

~Pahrol Muhamad Juoi

Jenazah dan Kisah Benar

Ust Amir Muttaqin ( Bab Jenazah beserta kisah benar yg menarik).

1. Org yg nak mati ni antara tandanya hidung jatuh,hidung kesat dan tdk berminyak.

2. Tapak kaki menjadi flat dan tiada ruang di tgh.



3. Nafaz in dan out menjadi lambat dan tersekat2.

4. Antara rahmat Allah masa nak mati ,tanda nak mati itu, seseorg akan berubah perlakuan menjadi baik. Kbykkannya sebegitu dan amat jarang yg berubah mnjdi kjhatan.

5. Lagi tanda ialah membuatkan kita benci kpd bakal si mati itu. Ada shj yg tdk kena dan membuat kita terasa dan sehingga tahap membenci. Akhirnya pergi dlm keadaan kita membenci dan menyesal. Yg ini kena hati2 ketika jaga ibu ayah kita. Bersabarlah dgn apa sekalipun sikap mereka kerana semua itu sementara. Jgn menyesal ketika mereka pergi, dlm keadaan kita membenci mereka.

6. Manusia ini pada mulanya apa sahaja kita akan mkn. Lihat bayi,semua nak telan. Meningkat remaja sedikit,mula memilih mknn. Menjelang dewasa,dipilih pulak mknn. Yg ini boleh,yg ini tdk boleh. Akhirnya,hilang selera mkn. Antara nikmat awl yg Allah tarik ialah mkn.

7. Mereka yg nazak,akan rasa sgt kehausan. Ambil kapas dan basahkan. Sapu dibibir. Jgn tuang air kerana itu bukan membantu hilangkan kehausan,tapi bantu utk bg mati.

8. Ketika nazak,elakkan dari org luar berada bersama. Kerana kebiasaannya,org yg hampir mati,akan terkencing dan terberak. Utk elakkan fitnah,biarlah ahli keluarga shj yg ada keliling.

9. Ajarlah ucap syahadah. Sejak zaman Nabi hingga kini, org yg paling sempurna syahadah ketika hendak mati ialah Saidina Abu Bakar. Kita ni jgn mimpilah,paling terbaik pun ucap Allah. Ada ulama benarkan jika tdk boleh ucap Allah,cukup sekadar tolong gerakkan kelopak mata dan bibir seperti sedang ucap Allah.

10. Ajar ucap syahadah atau Allah hanya sekali shj. Lepas si nazak sebut,biarkan dia rehat. Jika si nazak tiba2 bercakap hal dunia balik. Ajarkan sekali lg. Kemudian rehatkan sehingga tdk berkata hal dunia lagi dan hembuskan nafas terakhir.

11.. Jenazah yg dah mati hendaklah dibaringkan membelakangkan kiblat(kepala ke kiblat), yg sedang nazak dibaringkan hadap kiblat ( kaki lunjur ke kiblat).

12. Tutupkan mata,ikat rongga seperti mulut. Letakkan pemberat di perut kerana org yg mati perutnya masuk angin dan boleh meletup dlm masa 12jam.

13.. Melayu Islam kita ni paling lemah bab jenazah dan wasiyat. Hampir RM40 billion skrg berada di tgn Amanah Raya Bhd. 50% drpnya tdk terurus kerana masalah keluarga bergolak. Seorg tdk setuju,habis tidak selesai kerana tiadanya wasiat.

14.. Ingatan kpd si mati yg penjawat awam, si waris sila buat pengesahan kematian dgn hospital kerajaan kerana senang utk urusan pencen dan sbgnya. Ada kes,si isteri suri rumah sepenuh masa. Akibat buat pengesahan dgn hosp swasta,terpaksa turun naik pejabat dan mahkamah selama hampir 4 tahun dan akhirnya baru selesai. Tapi selesai dlm keadaan rumah tergadai,kereta tergadai kerana tiada duit hendak bayar.

15.. Ada satu kisah kemalangan. Kereta A dan kereta B. Kereta pemandunya Nepal Kristian dan kereta B melayu Muslim. Kedua2nya mati dan hancur separuh badan. Kedua2 keluarga diminta hadir utk pengecaman. Keluarga melayu Islam hadir dan buat pengecaman. Setelah itu,dikebumikan dulu kerana,keluarga Nepal mmg lama baru akan dtg Msia.Mayat yg dikatakan Nepal td disimpan dahulu dlm bilik mayat. Seminggu selepas itu, smpai keluarga Nepal. Keluarga Nepal buat pengecaman dan mengatakan itu bkn anaknya. Pggil kembali keluarga melayu Islam td dan camkan balik mayat yg dianggapkan mayat Nepal td. Ibunya dtg dan cam smbil menangis dan katakan kpd saya (ustaz). Bukan kah kita sudah kebumikan? Ah sudah, ini kes salah mayat ni. Terpaksalah digali kembali td kubur td setelah dpt pengesahan mahkamah. Kubur itu terletak di KL.Lalu ketika digali,bdk2 dbkl yg terlibat menggali dgn tiba2 lari. Rupanya tanah kubur itu sgt panas. Digali lagi,tanah itu seperti tanah terbakar dan hitam. Akhirnya dibuka liang lahad,mayat hanya tggal bhgian kaki dan berada dlm keadaan tenggelam dgn air dan berbau busuk. Nasib baik keluarga Nepal tdk menjadikan itu kes besar dan setelah pengecaman melalui kaki itu,mayat itu dipindahkan.

16. Ketika jenazah yg baru mati juga,qiamkan tgn seperti solat. Ada 1 kisah psl qiam. Ada seorg imam ,umur muda dlm 30an. Dia meninggal setelah rebah pening ketika sudah khutbah Jumaat. Ketika mandikan jenazah,tgnnya yg didepakan utk kembali qiam dgn sendirinya. Kwn2 sy ada yg lari. Mana tdknya dlm keadaan mcm tu masa mandikan di bilik mayat. Inilah tandanya org yg jaga solat. Tgnnya akan qiam dgn sendirinya. Begitulah mereka yg tdk solat,tgn diikat mcm mne pun utk qiam,akan terbuka juga akhirnya. Oleh itu,utk elak fitnah,ikatlah dgn sebaik2 nya utk tgn diqiamkan. Ingtlah,amalan kita didunia ini lah yg akan menjd penentu kita di alam barzakh nanti.

17. Antara kisah lain,tuan2 mesti dah biasa terbaca kisah tdk lama dulu tentang kubur yg digali semula di Johor. Media mengatakan mayat itu agamawan,tapi sbnrnya mayat itu dermawan. Sy salah seorg panelis utk kes gali kubur itu. Ketika sy smpai sana,hampir separuh sudah digali. Mayat itu tdi,dia seorg dermawan kerana setiap hari,kanak2 yg lalu ke sekolah akan diberinya wang saku. Ketika mlm,diwajibkan mereka hadir ke rumah utk mkn mlm. Sesudah itu diajar mengaji mengikut peringkat. Mayatnya sudah hampir 26 tahun ditanam. Ketika digali,tanah sudah berbau wangi. Tanah menjadi lembut. Kain kafannya bersih dan hanya sedikit kotor akibat tanah. Kain kafannya bersih mcm guna clorox. Dan ini kisah yg ramai org awam tdk tahu,hanya yg ada ketika itu tahu. Ketika sesi pengecaman,dipanggil anak saudara atau cucunya utk pengecaman. Apabila kain dibuka,cucunya mengatakan ini bukan datuk saya. Bayangkan tuan2, cucu tdk cam datuknya. Kami katakan inilah datuk kamu. Tahu kenapa? Wajahnya tdk seperti ketika datuknya meninggal,tapi kelihatan muda 20 tahun dari itu.

18. Akhirnya, belajarlah bab jenazah. Pengakhiran terbaik bg kita ialah pabila bapa meninggal,anak2 dan isteri yg mandikan dan kafankan. Mak meninggal, bapa dan anak2 yg mandikan dan kafankan. Tdk malukah kita, jenazah diusik kemaluannya,dimandikan oleh org yg bukan darah daging kita? Mana maruah kita?Oleh itu, sahutlah seruan saya.
Wallhua'alam.

*Maaf tiada gambar ustaz kerana tdk bawa hp. Nota ini hanya apa yg ana ingat dan tulis semula ketika pulang. Maaf jika kurang baik.

credit to -Bro Zeirie-

Rabu, 7 Mei 2014

Manja Dalam Menuntut Ilmu

FENOMENA MANJA DALAM MENUNTUT ILMU
Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu 'MANJA' dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan :
a. Ada orang yang bila seseorang 'alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.
b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.
c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube.
d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.
e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.
f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat.
g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap GURU tak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.
h. Bila semua ini dinyatakan, akan ada yang MINTA GURU bersabar..nasihatkan gurui bahawa itu asam garam dalam dakwah. Sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Beginikah kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. Malah patut lebih serius lagi.

'Manja' dalam mencari ilmu akan hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang lembik dan kurang mampu diamalkan juga.

~ Dr Zaharuddin Abd Rahman

Nikmati AnugerahNYA

Bila kita mula mempertikai kelebihan yang ada pada diri orang lain, semaklah hati sendiri. Mungkin ada sikit calit hitam yang kita sendiri tak perasan.

♡ Tiap hamba Allah ada keistimewaan masing2. Nikmatilah anugerahNYA tanpa rasa iri...kan tenang hidup kita.

Selasa, 6 Mei 2014

Cintaku Tertumpah

Ya Rabb...cintaku  tertumpah pada kekasih abadi...kalamMU..

Ahad, 4 Mei 2014

Orang Takbur Gila Pujian

Orang takbur gila pujian. Pujian membutakan mereka daripada melihat kelemahan dan kekurangan diri. Mereka telah merasakan begitu super sehingga terlanjur bertindak di luar kemampuan diri dan batas syariat.

Orang yang takbur akan mendakwa bencana yang menimpa pesaingnya adalah hasil kelebihan dirinya. Sikap buruk itu sering hinggap pada orang yang rajin beribadah dan takbur kerana ibadahnya.

Buku: SEMUANYA SOAL HATI
            (Pahrol Mohamad Juoi)

Hasad - Tidak Bersyukur

Orang yng hasad gagal melihat hikmah di sebalik nikmat yang sedikit  dan banyak. Oleh sebab itu, dia gagal bersyukur  dengan apa yang ada dan gagal bersabar dengan apa yang tiada. Neraca prtimbangannya hanya pada kuantiti material dan fizikal.

Syukur dan sabar itulah harta yang menyebabkan jiwa menjadi kaya.

Buku: SEMUANYA SOAL HATI
             (Pahrol Mohamad Juoi)

Bisikan Syaitan - licik

"Engkau beribadahlah bersungguh2, jangan sampai diketahui orang.Nanti Allah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau seorang hamba yang ikhlas."
Jika itulah bisikan hati kita, nyatalah itu bisikan syaitan. Namun, bisikan itu terlalu seni dan licik sifatnya. Kalau bukan calang-calang orang, pasti tumbang dihenyak tipu dya syaitan.

Sepatutnya bisikan syaitan itu dibalas dengan bisikan yang lebih suci dengan berkata:
"Aku hanya hamba Allah. Allah jualah yang melahirkan atau menyembunyikan amalanku. Dan jika dikehendakiNYA, Allah akan memuliakan atau menghinaku. Semua ini urusan Allah. Aku tidak khuatir samada ibadah ini disembunyikan atau diperlihatkan kepada orang lain kerana itu semua bukan urusanku."

Buku: SEMUANYA SOAL HATI
            (Pahrol Mohamad Juoi)