Diam tak diam sudah genap 2 bulan saya bertalaqqi qiraat imam IBnu Kathir secara personal di rumah dengan ustazah Uyun. Kitab alQuran 10 imam bagaikan teman sejati sejak akhir2 ini. Bila pergi melancung sekalipun, kitab ini mesti turut serta.
Mungkin inilah namanya "kalau sudah suka, semuanya indah saja". Segala puji bagiMU TUHAN, menanamkan rasa cinta pada kalimahMU dengan pelbagai qiraat, dalam hati hambaMU ini.