Label
Ana Balqis
(4)
Ary Ginanjar Agustian
(7)
DR 'AIDH ABDULLAH AL-QARNI
(9)
Dr Fadzilah Kamsah
(4)
Dr Harlina Hj Siraj
(1)
Dr Haron Din
(1)
Dr MAZA
(13)
DR MUHAYA
(8)
DR ROBIAH K.HAMZAH
(3)
Dr Zaharuddin Abd Rahman
(11)
Dr Zubaidi Hj Ahmad
(1)
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
(3)
Ebit Lew (facebook)
(2)
Emran Ahmad
(1)
Faisal Hamdi
(1)
GETARAN
(2)
habib zainal abidin
(1)
Hajjah Rahmah Hj Abd Rahman
(3)
Imam Muda Hassan
(1)
Islam Itu Indah
(1)
KOLEKSI DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
(130)
mengenal diri
(1)
Muhamad Agus Syafii
(1)
MUHASABAH
(9)
Mujahidin Media
(1)
pengalaman itu kehidupan
(1)
Prof. Dr. Rozieta Shaary's status.
(1)
SAPU SAMPAH DI HATI KITA...
(1)
SHARE
(52)
Syahdina muza
(4)
Syria
(1)
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
(2)
Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
(4)
Ustaz Azhar Idrus
(1)
USTAZ MOHD KAZIM ELIAS
(1)
USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI
(25)
Ustaz Yusuf Mansyur
(27)
Ustaz Zahazan Mohamed
(7)
Rabu, 17 Julai 2013
Kitalah HambaNYA, Hamba RABBUL IZZATI
Wahai anakku,
Tatkala engkau sakit, bertabahlah. Kerana iika engkau tidak pernah merasai kesakitan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha penyembuh?
Seperti juga bila kamu bersedih, ingatlah wahai anakku, tanpa kesedihan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha pengasih?
Wahai anak kesayanganku,
Sebagai manusia, kamu tidak akan dapat lari daripada membuat silap. Tapi jika engkau tidak pernah ...melakukan kesilapan, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha pengampun? Sama juga tatkala engkau menghadapi masalah, tanpa masalah, mungkinkah kamu kenal Allah sebagai maha mengetahui?
Dalam menghadapi kesusahan, ingatlah pesananku. Kamu kena tekadkan hati. Kamu kena banyak bersabar kerana dunia ini hanya sementara. Oleh itu, masalahmu juga hanya sementara. Tapi anakku, kalau tanpa masalah, mungkinkah kamu tahu merayu-rayu untuk pertolongan Allah untuk menyelamatkan kamu?
Wahai anakku,
Aku sangat bimbang apabila engkau mendapat segalanya di dunia. Aku bimbang masa itu kamu tidak lagi mengenal erti bersyukur kepada Allah. Aku lebih suka kalau kamu hidup dalam kesederhanaan dan ada sedikit serba kekurangan. Kerana sekiranya hidup engkau terlampau sempurna, aku bimbang satu hari nanti kamu merasakan Allah tidak diperlukan lagi dalam hidupmu.
Maafkan aku, kerana aku juga berharap kamu tidak menjadi manusia yang diberi kuasa sepenuhnya. Jika engkau diberi kuasa sepenuhnya, mungkinkah kamu masih lagi bergantung kepada Allah? Aku sangat takut apa yang akan bakal menimpamu kerana aku melihat ramai mula merasai dirinya lebih tinggi daripada Tuhannya setelah mendapat kuasa mutlak.
Senyum.

~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~
Tanda Orang Sengsara
Tanda-tanda
kesengsaraan seseorang adalah;
Semakin
bertambah ilmunya, semakin sombong dan angkuh dalam tindak-tanduk dan perilaku.
Ilmunya tidak bermanfaat, hatinya kosong, watak dan tabiatnya kasar.
Semakin
bertambah amal perbuatannya, semakin tinggi kesombongannya, semakin kecil nilai
orang-orang di sekitarnya, semakin baik prasangkanya terhadap dirinya sendiri. Ia
merasa bahawa hanya dirinyalah yang selamat, yang lainnya akan binasa. Dia merasa
bahawa dirinya akan memperoleh semua kejayaan, sedangkan yang lain akan
berjalan di bibir kehancuran.
Semakin
bertambah usianya, semakin bertambah sifat rakusnya. Dia terus menimbun
hartanya, tanpa harus mengeluarkannya. Berbagai bencana, musibah dan mala
petaka tidak pernah menyentuh hatinya dan menyedarkannya.
Semakin
bertambah hartanya, semakin bertambah pula kekikirannya. Tidak ada nilai-nilai
yang dapat dibanggakan di dalam hatinya. tidak ada bekas-bekas pengorbanan di telapak
tangannya dan tidak nampak guratan-guratan akhlak mulia di wajahnya.
Semakin
tinggi statusnya dan kedudukannya di dalam masyarakat, semakin tinggi pula
kesombongannya. Dia tertipu dan terpedaya. Suka mendabik dada. Kesombongan yang
melampau. Tetapi pada akhir kesudahannya dia tidak mendapatkan suatu apa pun.
Sabda Rasulullah SAW;
“Orang-orang yang sombong
akan dihimpunkan pada hari kiamat nanti bagaikan semut paling kecil hingga terinjak-injak
oleh telapak kaki orang-orang lainnya.”
Buku; La Tahzan
Selasa, 16 Julai 2013
Jangan Harapkan Ucapan Terima Kasih
Ada
seorang soleh telah memberi sepiring makanan yang sangat lazat kepada seorang
yang buta. Keluarga orang soleh itu berkata; “bukankah orang buta ini tidak
tahu apa yang dimakannya”. Orang soleh itu menjawab; “Tetapi, bukankah Allah
mengetahuinya”
Jadikanlah amal perbuatan itu ikhlas hanya kerana Allah semata-mata dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain! Jangan bersedih dan gelisah apabila kebaikan yang anda curahkan kepada orang lain justeru dibalas dengan celaan... atau tatkala “tangan putih” yang anda hulurkan dibalas dengan tamparan yang menyakitkan dan tidak menghargai kebaikan yang telah anda berikan. Kerana apa yang seharusnya anda tuntut hanyalah balasan pahala dari Allah.
Selama
anda meyakini bahawa Allah selalu melihat dan mengetahui kebaikan yang anda
lakukan, serta mengetahui keutamaan yang anda hulurkan, maka mengapa anda
mengharapkan sesuatu daripada manusia?
Penyair
berkata;
Siapa saja yang berbuat
baik pasti ada pahalanya
Kerana hal itu adalah
kebiasaan
Antara Allah dan manusia
Yang tidak pernah
lenyap
~ Dr ‘Aidh Abdullah
al-Qarni ~
Buku; La Tahzan
Bina Masjid, Bukan Bina Kuburan
Tidak
kira di tahap mana pun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau di
pengakhiran, marilah kita bermuhasabah. Adakah rumah tangga kita benar-benar
diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas
kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal
selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita
benar-benar diasaskan kepada cinta ini?
Jawapannya mudah. Cuba nilai, adakah seluruh ahli keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran?
Jangan
jadikan rumah kita kuburan kerana Rasululullah SAW menyatakan bahawa rumah yang
penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!
Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-quran, kenapa kita (isteri atau suami) tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kadang-kadang lebih banyak menatap sura-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu. Kononnya untk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalirkan air mata sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.
Siapakah
yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah untuk hambaNYA yang
terpapar dalam 114 surah al-Quran? Jika tidak membaca dengan banyak, bacalah
sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamah
dalam amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga
kita daripada terlibat dengan maksiat. Atau
mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam
soal-soal yang kecil.
~
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Buku; Cinta Kerana Allah
Isnin, 15 Julai 2013
Syurga Itu Mahal!
Wahai anakku,
Jadilah kamu seumpama pohon yang mengeluarkan buah, mereka melontar kamu dengan batu (untuk mendapatkan buah), kamu balaslah mereka dengan buah. Aku tahu ia tidak mudah dilakukan, tapi bersabarlah wahai anakku di atas jalan ini kerana jalan ini akan membawa kebahagiaan padamu di akhirat nanti.
Wahai anakku,
Apakah syurga itu murah harganya sehingga jika orang lain melakukan keburuka...n, lalu engkau membalas keburukan itu? Atau engkau tidak menegur mereka yang tidak menegur kamu? Dan engkau tidak memberi salam kepada mereka yang tidak memberi salam kepada kepada kamu dan engkau tidak ziarah mereka yang tidak ziarah kamu? Kalau begitu gayanya tindakan engkau, aku sangat bersedih kerana aku tidak dapat melihat perbezaan di antara kamu dengan mereka yang kamu memandang hina.
Wahai anakku,
Ingatlah bahawa orang baik ialah mereka yang melakukan kebaikan sebagai balasan kepada mereka yang melakukan keburukan kepadanya. Firman Allah menyebut: "Berbuat baiklah sebagaimana Allah melakukan kebaikan kepada kamu.” Ketahuilah syurga itu sangat mahal harganya. Senyum.

~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~
Ada Yang Allah Sengaja Rahsiakan Dari Kita Tahu
Alkisah seorang buta dan rahsia...
Karim yang buta sejak berusia 8 tahun tidak pernah jemu memohon agar Allah mengembalikan pengli-hatannya.
Sejak terkena demam panas, ia terus menempuh kehidupan dalam serba kegelapan. Namun itu bukan alasan baginya untuk mengabai-kan perintah Allah dan berusaha mendekatkan diri padaNya.
Setiap selepas solat, Karim akan menadah tangan merayu -rayu agar Allah ...mengembalikan penglihat-an kepadanya. Teringin benar ia melihat wajah isteri dan anaknya yang masih kecil.
Namun, Karim masih beruntung kerana mempunyai seorang kawan Hakimi yang kebetulan jiran yang sentiasa mengambil berat kehidupannya sekeluarga. Apa sahaja hajat beliau dan keluarga, Hakimilah tempat ia meminta pertolongan.
Terlalu banyak jasa Hakimi kepada dia dan keluarga. Pernah satu hari anaknya demam, Hakimilah membawanya ke hospital.
“Hakimi, saya ucap terima kasih banyak-banyak kerana pertolongan dan bantuan yang kamu berikan pada saya, isteri dan anak."
Ucapan penghargaan sering menghembur keluar dari mulut Karim. Namun dia tidak kecewa atau berputus asa, terus bermunajat kepada Ilahi setiap kali lepas solat.
Suatu hari selepas solat asar ia terus munajat, merayu sesungguh hati, “Ya Allah, kurniakanlah penglihatan kepadaku dengan rahmat dan kebesa-ran-Mu, Ya Allah, tolonglah aku untuk melihat dunia ciptaanMu, Ya Allah, dengan kekuasaan yang ada padaMu dan dengan rahmatMu, pulihlah kembali penglihatanku, tolonglah ya Allah, tolonglah ya Allah."
Karim terus merayu dan merayu. Tetiba dia terasa ada cahaya masuk ke kelopak matanya, ia semakin terang dan terang. Akhirnya ia dapat melihat kembali.
"Ya Allah, Ya Allah.” Karim terus menangis, dan menangis kegembiraan. Ia terus sujud syukur, ia dapat melihat semula setelah bertahun ia berada dalam kegelapan.
Karim terus teringatkan anaknya yang masih kecil, isteri kesayangan dan Hakimim yang sering membantunya. Ia terus keluar masjid menuju rumahnya yang tidak jauh. Ia berjalan laju tidak sabar untuk memberitahu isterinya, dan tidak sabar ia ingin melihat anaknya.
Ia menerpa masuk ke dalam rumahnya, dan terus mencari anak dan isteri. Ia meluru ke bilik tidurnya. Pintu terus dibuka, dan ia melihat dua insan sedang berpeluk mesra. Hakimi dan isterinya.
Ya Allah, apa ini. Ia terus berteriak, tangisan kegembiraan terus bertukar menjadi hiba dan kecewa.
"Ya Allah, sewaktu aku buta, aku gembira dan bahagia. Kini setelah aku dikurniakan kembali penglihatan, engkau tarik kegembiraanku dan kepercayaanku pada isteri dan sahabatku.”
Pengajaran terkadang sengaja Allah rahsiakan sesuatu perkara kerana kebaikan yang banyak. Peristiwa silam yang dialami oleh setiap insan sebahagiannya bukan untuk dikongsi dengan orang lain.
Tetapi ianya untuk dipohon keampunan dari Allah. Dan jangan khianat kerana kalaupun di dunia tidak dibongkar, nanti akhirat akan diketahui dan diterima jua balasannya.
Ya Allah, ampuni dosa kami............. Senyum selalu.

Jauhi Makruh, Usah Tangguh Taubat, Solat Berjemaah
Wahai anakku,
Beringatlah kamu terdapat dua lapis perisai, bagaikan sebuah rumah yang sudah berpagar elektrik kemudian digali parit lagi. Ini bagi menyelamatkanmu sekiranya terlanjur terlepas satu pagar, masih ada satu lagi pagar yang menyelamatkanmu.
Pagar pertama namanya makruh. Perbuatan makruh ini tak berdosa. Kalau engkau mendekatkan dirimu dengan benda yang makruh, ia bagaikan engkau terlep...as pagar pertama (parit), maka yang engkau ada hanyalah pagar elektrik sahaja. Jika ribut nafsumu mengganas, dan tatkala itu ada pohon kayu yang tumbang atas pagar elektrikmu, maka terjebaklah kamu dalam perkara haram yang mengutip dosa.
Wahai anakku,
Ingatlah jika engkau biasa mendekati perkara-perkara yang makruh, kamu akan terasa ringan buat benda haram. Jika engkau menjauhi perkara-perkara yang makruh, nescaya benda haram payah untuk kamu laksanakan kerana iman di hatimu tidak mengizinkannya.
Namun ingatlah, ini tidak bermaksud kamu telah terselamat daripada kemungkinan melakukan perkara-perkara haram. Ia cuma menguatkan hatimu supaya engkau payah nak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah.
Wahai anakku,
Apabila engkau telah berbuat dosa, ingatlah yang penting kamu insaf dan mengenali itu adalah satu dosa dan cepat-cepatlah kamu bertaubat pada Allah. Cepat-cepatlah kamu kembali kepada Allah dan memohon kemampunanNya.
Jangan sesekali engkau tangguh lama-lama taubatmu - kerana syaitan akan datang membisik sehingga nafsumu mengawal mindamu dengan maksiat yang melalaikan dan menyeronokkan sehingga engkau dijangkiti lupa diri.
Wahai anakku,
Tabiatmu yang suka bersembahyang jamaah mesti sentiasa dijaga dan dipelihara. Tatkala imanmu masih kuat, jika sekali-dua kamu bersembahyang di rumah, kamu masih dapat merasai kenikmatan sembahyang bersendirian tidak sesedap bersembahyang jemaah.
Tapi jangan sesekali mencuba ia selalu, kerana kamu akan dikawal bisikan syaitan sehingga merasakan sembahyang bersendirian lebih nikmat rasanya berbanding solat berjamaah di masjid. Malah kemungkinan satu hari nanti, mindamu yang dibuai bisikan syaitan menyebabkanmu berasa malu dan malas melangkah pergi ke masjid ketika azan berkumandang. Wahai anakku, ambillah bulan Ramadan ini untuk menguatkan ketahanan dirimu daripada digoda bisikan syaitan.

Sabtu, 13 Julai 2013
Cinta Kelas Dua?
“Macam
mana nak tentukan yang cinta kita pada manusia tak melebihi cinta kita pada Allah?”
“Mudah
saja. Cuba nilai, apakah cinta kita pada manusia tu melalaikan kita daripada
perintah Allah? Kalau ya, itu menunjukkan cinta kita sudah tersasar. Seperkara lagi,
kalau bertembung kehendak Allah dengan kehendak orang yang kita cintai, mana
satu yang kita dulukan... Kalau kita
dulukan kehendak kecintaan kita, maka itu juga menunjukkan cinta kita telah tersasar.”
“Saya
rasa ni yang banyak berlaku dalam rumah tangga hari ini. Inilah puncanya
mengapa ramai pasangan suami isteri berpisah. Bukan kerana tidak saling
menyintai sesama mereka tapi kerana cinta mereka itu telah meminggirkan cinta Allah.
Maka jadilah cinta mereka cinta kelas dua!”
“Manusia
merancang dengan cintanya. Tuhan menentukan dengan cintaNYA. Cinta berdasarkan
fitrah saja tak cukup kukuh untuk bertahan menghadapi ujian rumah tangga...”
“Cinta
berdasarkan fitrah? Maksudnya?”
“Cinta
fitrah ialah cinta yang dikurniakan secara semula jadi oleh Tuhan. Itu ada pada
semua manusia, yang Islam dan bukan Islam, yang taat atau derhaka...”
“Itulah
cinta kelas dua yang awak maksudkan tadi?”
“Ya.
Untuk meningkat ke cinta kelas pertama, Tuhan utuskan para rasul membawa
petunjukNYA - Islam. Dalam agama, ada cinta daerah tinggi... cinta Tuhan. Dengan
petunjuk agama, cinta fitrah tadi dimurnikan daripada kotoran nafsu, dilindungi
dari bujukan syaitan, dipandu oleh cahaya ilmu, disuburkan dengan iman,
disalurkan mengikut syariat dan akhirnya dihiasi oleh akhlak. Ketika itu
bertukarlah cinta kelas dua menjadi cinta kelas pertama!”
~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Buku; Satu Rasa Dua Hati
Alangkah Bahagianya!
Wahai anakku,
Sedarkah engkau bahawa Allah ada mengemukakan perbandingan untuk renungan dan iktibar, isteri yang kafir ialah isteri nabi Nuh dan Nabi Lut. Walaupun keduanya diletakkan sebagai isteri nabi, akan tetapi mereka khianat dan akhirnya dihumbankan ke neraka.
Allah juga membawa contoh perbandingan isteri yang beriman ialah isteri Firaun (Asiah). Yang mendoakan agar Allah membina mahligai dalam syurga dan dijauhi daripada kezaliman Firaun dan kaumnya.
... Wahai anakku,
Pengajaran ini adalah satu perbandingan yang hebat bagaimana iman tidak boleh diwarisi dari suami kepada isteri, anak mahupun saudara terdekat. Engkau akan bahagia jika dikurniakan suami isteri yang soleh, beriman dan baik dengan keluarga serta taat pada perintah Allah.
Kamu akan sedih jika ada suami/isteri yang sangat baik terhadap keluarga, penyayang, bertanggungjawab dan mesra namun ia durhaka kepada Allah, tidak sembahyang, tidak berpuasa dan tidak menunaikan kewajipan harta.
Wahai anakku,
Alangkah bahagianya kalau kebahagiaan dunia bersama keluarga dapat diteruskan dalam satu syurga di akhirat nanti. Oleh itu, apabila engkau mendirikan rumahtangga nanti, jadilah suami yang baik dan soleh, isteri yang taat dan bertaqwa agar anak-anak menjadi anak soleh, harta yang diberkati dan rumahtangga dirahmati, sehingga Allah kumpulkan semula keluarga ini dalam satu syurga di akhirat nanti.
Allahumma Amin. Senyum.

Langgan:
Catatan (Atom)