“Macam
mana nak tentukan yang cinta kita pada manusia tak melebihi cinta kita pada Allah?”
“Mudah
saja. Cuba nilai, apakah cinta kita pada manusia tu melalaikan kita daripada
perintah Allah? Kalau ya, itu menunjukkan cinta kita sudah tersasar. Seperkara lagi,
kalau bertembung kehendak Allah dengan kehendak orang yang kita cintai, mana
satu yang kita dulukan... Kalau kita
dulukan kehendak kecintaan kita, maka itu juga menunjukkan cinta kita telah tersasar.”
“Saya
rasa ni yang banyak berlaku dalam rumah tangga hari ini. Inilah puncanya
mengapa ramai pasangan suami isteri berpisah. Bukan kerana tidak saling
menyintai sesama mereka tapi kerana cinta mereka itu telah meminggirkan cinta Allah.
Maka jadilah cinta mereka cinta kelas dua!”
“Manusia
merancang dengan cintanya. Tuhan menentukan dengan cintaNYA. Cinta berdasarkan
fitrah saja tak cukup kukuh untuk bertahan menghadapi ujian rumah tangga...”
“Cinta
berdasarkan fitrah? Maksudnya?”
“Cinta
fitrah ialah cinta yang dikurniakan secara semula jadi oleh Tuhan. Itu ada pada
semua manusia, yang Islam dan bukan Islam, yang taat atau derhaka...”
“Itulah
cinta kelas dua yang awak maksudkan tadi?”
“Ya.
Untuk meningkat ke cinta kelas pertama, Tuhan utuskan para rasul membawa
petunjukNYA - Islam. Dalam agama, ada cinta daerah tinggi... cinta Tuhan. Dengan
petunjuk agama, cinta fitrah tadi dimurnikan daripada kotoran nafsu, dilindungi
dari bujukan syaitan, dipandu oleh cahaya ilmu, disuburkan dengan iman,
disalurkan mengikut syariat dan akhirnya dihiasi oleh akhlak. Ketika itu
bertukarlah cinta kelas dua menjadi cinta kelas pertama!”
~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Buku; Satu Rasa Dua Hati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan