Pertama
sekali, tukar keadaan (baca baik-baik,
tukar keadaan bukan tukar pasangan). Maksudnya, tukar cara dan gaya kita
berkomunikasi dan berinteraksi. Pelbagaikan rencah pergaulan. Selang-selikan
perbualan yang berbentuk ilmu dengan gurauan. Cari kisah-kiah santai tetapi
penuh dengan pengajaran dan masukkan dalam perbualan biasa. Insya-Allah dengan
adanya nilai tambah ini keadaan akan berubah. Jangan diulang-ulang joke yang sama. Jangan ulang ilmu dan
tarbiah yang sama untuk disampaikan dengan cara dan gaya yang sama. Suami,
jadilah murabbi yang kreatif dan inovatif.
Para
isteri pula boleh menukar suasana
dengan banyak cara. Tukar resipi makanan, tukar perabot di dalam rumah, tukar fesyen
baju ketika berdepan dengan suami, tukar gaya rambut dan tukar apa sahaja yang
boleh ditukar. Namun pastikan kemesraan, senyuman, simpati dan segala
pengertian yang sejak lama itu tetap dipertahankan.
Kata
orang, yang berubah hanya container
(bekas) bukan contentnya (isinya).
~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan