Mendengar
lebih sukar kerana ia bererti memberi perhatian, hati dan perasaan. Hanya orang
yang pemurah sahaja sanggup berbuat demikian. Orang yang bakhil tidak akan
sanggup. Sibakhil tidak akan sanggup memberi tumpuan, perhatian dan hatinya
kepada orang lain.
Demikian
dengan orang yang bersifat ego. Ia tidak sanggup mendengar ucapan orang lain,
walaupun ucapan yang berguna. Dengan bercakap dan terus bercakap, dia ingin
terus mendapat perhatian. Dalam suatu bentuk perhubungan, terutamanya dalam
hubungan cinta... sikap memberi akan menyatukan. Sebaliknya, sikap hanya ingin
menerima akan memisahkan.
Insya-Allah, dengan
mendengar, anda seolah-olah terus berkata; “Aku tetap setia, aku tetap cinta”
~ Ustaz Pahrol Mohamad
Juoi ~ (Cinta Kerana Allah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan