Watak manusia tidak
dapat dibaiki kecuali dengan iman. Ramai yang berkeluh-kesah serta bersedih
seolah-olah kesusahan dan kesedihan itu
kekal abadi dan tidak dapat dihilangkan. Lebih malang lagi, mereka menjangka
yang masa-masa akan datang itu akan terus menjadi petaka.
Akibatnya, penuhlah
hati mereka dengan bermacam-macam kesedihan, keburukan dan duka nestapa. Hingga
ke tahap membayangkan yang mereka tidak akan ada pelepasan daripada kesedihan
tersebut seumur hidup. Malah mereka juga tidak mengharapkan perubahan daripada
Allah. Akibatnya, mereka dimakan kesedihan dan dirobek-robek oleh keluh-kesah. Ini
berlaku kerana mereka tidak berlindung dan menggantungkan segala cita-cita
serta harapan kepadaNYA.
Bila iman kosong,
manusia selalu diserang sifat kikir
ketika mendapat kesenangan dan kikir terhadap kebaikan. Mereka mengira kebaikan
dan keberuntungan yng diperoleh itu adalah hasil usaha dan penat jerih sendiri.
Lantaran itu, mereka memonopoli kekayaan tersebut sehinggakan diri sendiri terpenjara lalu menjadi tawanan dan
hamba yang rakus pada harta tersebut. Hakikat ini kerana mereka tiada ilmu dan
kurang faham yang rezeki sebenarnya datang daripada Allah.
Mereka yang punya
iman akan sentiasa tenteram terhadap kekuasaan Allah, merasakan kehadiran rahmatNYA,
mampu menerima ujianNYA, selalu melihat dipermudahkan olehNYA daripada kesempitan.
“Sesungguhnya
manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Dan apabila mendapat
kebaikan, dia amat kikir kecuali orang yang mengerjakan SOLAT dan mereka yang
TETAP mengerjakan SOLATnya” (al_Ma’arij; 19-21)
~ Dr Robiah K. Hamzah ~
(Pujuklah Rasa; grupbuku Karangkraf)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan