Saya
mengenal seorang pedagang besar. Dia adalah orang yang sangat kikir,
menggenggam erat harta kekayaannya dan terlalu tamak di dalam mengumpulkan
harta kekayaan. Selain itu, dia juga memiliki perilaku yang buruk. Malahan dia
sanggup menghukum para kakitangan yang bekerja dengannya hanya kerana sesuatu
yang sangat remeh dan tidak berharga. Dia juga terlalu kedekut terhadap anak
isterinya.
Suatu
hari, dia terkena penyakit lumpuh. Dia sentiasa duduk di atas kerusi roda di
depan kedainya. Setiap kali ada pengemis datang, dia terus mengherdiknya. Dia pun
tidak mahu menjawab salam daripada orang lain kerana kesombongannya yang
berlebihan. Pada satu ketika, dia pergi berubat ke suatu tempat untuk
menyembuhkan penyakit lumpuhnya. Namun dia meninggal secara mengejut di tempat
yang asing dan jauh daripada sanak saudaranya. Ada seorang yang jujur dan dapat
dipercayai menceritakan kepada saya bahawa merekalah yang membelikan kain untuk
membalut jasadnya.
Ternyata
harta kekayaan yang dia kumpulkan dan simpan selama hayatnya langsung tidak
dapat memberikan pertolongan. Malahan kain putih penutup jasadnya pun orang
lain yang membelikannya. Dan ironisnya, dia akan dihukum dan diseksa atas
setiap dirham yang dia dapatkan tetapi tidak dikeluarkan untuk berzakat.
"Dia menyangka bahawa hartanya itu
dapat mengekalkannya” (al-Humazah;3)
Buku;
Pengalaman Adalah Guru Terbaik (Al-Hidayah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan