Tidak
kira di tahap mana pun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau di
pengakhiran, marilah kita bermuhasabah. Adakah rumah tangga kita benar-benar
diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas
kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal
selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita
benar-benar diasaskan kepada cinta ini?
Jawapannya mudah. Cuba nilai, adakah seluruh ahli keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran?
Jangan
jadikan rumah kita kuburan kerana Rasululullah SAW menyatakan bahawa rumah yang
penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!
Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-quran, kenapa kita (isteri atau suami) tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kadang-kadang lebih banyak menatap sura-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu. Kononnya untk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalirkan air mata sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.
Siapakah
yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah untuk hambaNYA yang
terpapar dalam 114 surah al-Quran? Jika tidak membaca dengan banyak, bacalah
sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamah
dalam amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga
kita daripada terlibat dengan maksiat. Atau
mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam
soal-soal yang kecil.
~
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Buku; Cinta Kerana Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan