Kita
bukan sahaja apa yang kita makan, tetapi kita juga adalah apa yang kita dengar,
baca dan tonton. Apa-apa sahaja yang kita dengar, baca dan tonton akan
membentuk diri kita kerana semua itu hakikatnya adalah makanan rohani kita.
Sepertimana
makanan yang berkolestrol, berlemak dan beracun akan memberi kesan mudarat
kepada fizikal kita, maka ‘makanan rohaniah’ yang buruk, negatif dan lucah akan
merosakkan rohani kita. Itu akan memberi kesan negatif kepada jiwa dan
pembentukan peribadi kita.
Rohani
adalah hal-hal dalaman (akal dan hati) kita. Akal dan hati lebih mudah
dipengaruhi oleh apa-apa yang kita lihat, dengar dan baca. Semua ini secara
langsung akan memberi kesan kepada pemikiran dan perasaan kita. Ini kerana akal
berfungsi untuk berfikir. Hati pula berfungsi untuk merasai.
~Muhammad Jihad~
Solusi 43
Tiada ulasan:
Catat Ulasan