Mungkin
banyak yang ingin diceritakan atau disuarakan oleh isteri yang berada di rumah.
Namun kita menjadi tuli. Kononnya cerita atau masalah di pejabat atau sepanjang
kemusafiran kita, jauh lebih besar dan penting daripada apa yang dialami isteri
di rumah.
Demikian
juga di pihak suami. kadangkala dia juga ingin meluahkan rasa hatinya kepada isteri
dengan cara bercerita. Tetapi apabila didapati isterinya asyik membebel atau
merungut, lalu lidah dan hatinya terkunci untuk bercerita.
Kadang-kadang
raut wajah dan mimik muka kita menjadi penghalang untuk pasangan kita
memperdengarkan suara hatinya. Kita tidak bercakap... tetapi bahasa badan atau
ayat mata kita seolah-olah memberi amaran; “Jangan ganggu saya. Saya letih!” Esok,
lusa dan hari-hari seterusnya begitu juga.
Lama-kelamaan
pasangan kita kehilangan suara. Dia tidak akan bercakap lagi. Dan lebih malang
lagi, apabila dia berpaling kepada pihak ketiga yang lebih sudi mendengar.
“The
first duty of love is to hear” – tanggungjawab pertama cinta adalah mendengar.
~
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Buku;
Cinta Kerana Allah (Telaga Biru)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan