Jumaat, 28 Jun 2013

Kekecewaan itu Perangkap Syaitan

Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang
kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka
bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari
orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis
dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan
masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa
...
menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa
tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai
anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada
dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu
perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi
menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi
menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan
hubungan dengan Allah yang mampu
mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan
yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi
menjadikan kamu murung, bersedih dan
bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana
manusia. Berapa kali kamu menangis kerana
kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa
banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu?
Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia,
tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan
membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu,
sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai
oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu
murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya
jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari
yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa
memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana
dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sekiranya kamu
ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata
'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi
katakanlah ?telah ditakdirkan Allah?, apa yang
dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan
?kalau? akan membuka ruang syaitan ke dalam
hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia
ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi
semakin matang menghadapi cabaran.
Bersabarlah dengan apa yang menimpamu,
kerana dengan mehnah itu, Allah akan
mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-
dosamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu
di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu
dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan