Sabtu, 31 Januari 2015

amalan paling baik

Ibnu Abbas telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: sesungguhnya Allah mempunyai hamba-hamba yang dikhususkan kepada mereka satu-satu nikmat untuk kemanfaatan seluruh hambaNYA. Maka barangsiapa bakhil dengan nikmat yang diberikan itu terhadap sesama hamba Allah, Allah akan tarik balik nikmat itu, lantas diberikan kpd orang lain.

Sabda Rasulullah: Bermurah hati itu diibaratkan seperti satu pohon dari pohon-pohon syurga, dahan-dahannya terjuntai hingga ke bumi. Maka barangsiapa berpaut dengan dahannya, nescaya dahan itu akan memandunya ke syurga.

Daripada Jabir r.a, katanya: Wahai Rasulullah! apakah amalan yang paling baik? Baginda menjawab: Bersabar dan selalu memaafkan orang lain.

Diriwayatkan daripada AlMiqdam bin syuraih daripada bapanya, daripada datuknya, katanya: Aku berkata: wahai Rasulullah! Ajarilah aku satu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga. Jawab baginda: Sesungguhnya daripada perkara-perkara yang membawa kepada keampunan Allah, memberi orang makan dan mengucapkan salam serta baik dalam tuturkata.

~ Penyingkapan Hati Kepada Rahsia2 ILAHI