Sabtu, 25 Mei 2019

PERGIKU PENUH INDAH

الحمدلله
Sudah berakhir. Ramadhan menjadi saksi. Hanya kerana dunia yang secebis, kesannya tular ke semua arah.
Terima kasih Allah yang makbulkan permintaanku.  Aku ingin lebih dekat denganMU. Menelusuri waktu bersama kalamMU.

Kau mudahkan aku dengan menghantar hambaMU yang berhati batu. Keringnya hatinya membenamkan perasaanku. Aku lemas dengan cerca nista. Akhirnya terungkap. Aku sebenarnya tak punya siapa dalam kumpulan kecil itu. Biarpun yang du atas ingin menarikku, dan yg jauh sana menggapaiku, aku tidak mampu terus tersepit di celah.

Aku pergi dengab penuh indah, redha dah pasrah.
Allah , Kau lebih tahu apa yang hati hamba2 Mu sendiri tidak tahu.

Terima kasih anugerah terindahMU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan