Khamis, 19 September 2013

Jika Hati tak Tenang...

Wahai anakku,
Sekiranya hatimu tidak tenang, bacalah apa yang dijawab Imam Hasan Basri ketika ditanya mengenai rahsia zuhudnya.

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah hati-ku selalu tenang..."

"Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakn-nya..."

"Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu apa...
bila DIA melihatku dalam keadaan maksiat..."

"Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan Allah…”

Apakah yang masih mengganggu mindamu, wahai anak kesayanganku?
Senyum.
 
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Tiada ulasan:

Catat Ulasan