Khamis, 19 September 2013

Sakit Memang Menyakitkan. Tapi...

Wahai anakku,
Adalah lumrah untuk manusia ditimpa pelbagai jenis sakit dalam hidup ini.
Sakit adalah sebahagian daripada fitrah - yang perlu dilalui semua manusia.

Wahai anakku,
Masamu kecik, kamu bertanya mengapa Allah wujudkan sakit ini? Kini kamu sepatutnya dah boleh faham bahawa segala jenis sakit, walaupun menyakitkan, tujuannya sebenarnya sama ialah untuk mengubah manusia.

Wahai anakku,
Tanpa kesakitan, manusia tidak akan sedar dan berubah. Sama ada fizikal dan emosi, ia adalah signal untuk jangan mengulangi apa yang sedang dibuat dan apa yang sedang fikirkan.

Jika diteruskan juga, sakit yang sama yang dirasai berulang kali, termasuk hal-hal kesihatan akibat daripada kurang bersenam.
Senyum
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Tiada ulasan:

Catat Ulasan