Selasa, 26 Ogos 2014

Dia...cermin hati

Hadirnya di hujung usia...terima kasih Tuhan. Dia umpama satu tanda peringatan, dunia bakal aku tinggalkan. 

Sering didengar...sahabat itu cermin diri. 

Terima kasih Yang Maha Pemurah...ar-Rahim, yang menganugerahkan hambaMU cermin yang begitu indah. 

Dia mengujaku untuk menilai diri...menikmati rahmatMU di mana2...berkahMU di setiap ketika.

Rabu, 20 Ogos 2014

tashil cinta

Kasih sayang... aura yang tidak mampu sembunyi
Ia umpama huruf hamzah yang ditashilkan
Sedang cinta adalah perhatian bertasydid
Tanpa sukun...tanpa qolqolah
Adakala izhar...
Adakala idgham.,.
Adakala ghunnah
InsyaAllah... ayat kita sentiasa bersambung
Mudah-mudahan istiqamah sampai ke syurga sana
Aminn...

Senyum..pernyataan awal



~Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani,

Sebenarnya DIA rindu dengan kita...



~habib zainal abidin

Bila Aisyah R.A difitnah...

Wahai anakku,
Allah boleh segera membersihkan Aisyah R.A bilamana ia difitnah, namun sengaja Allah biarkan selama 3 bulan baharulah ayat membersihkan beliau diturunkan. 

Wahai anakku, kenapa Allah lakukan demikian? Al-Quran menjelaskan tujuan-Nya untuk Baginda dan para sahabat mengenali siapa yang beriman dan siapa yang munafik.

Aku tidak akan kata demikian kepada apa yang berlaku, namun aku kata siapa yang sabar dan taat dan siapa sebaliknya. 

Wahai anakku,
Aku juga ingin mengingatkan kamu betapa sewaktu bani Israel yang beriman dengan Nabi Musa mendesaknya untuk menyatakan dengan jelas ke manakah mereka harus lari bagi menyelamatkan diri dari tentera Firaun yang mengejar mereka. 

Lalu, mereka diarahkan lari ke tepi lautan. Di saat itu, andainya mereka tidak sabar dengan perintah Nabi Musa tentulah mereka meninggalkan Nabi Musa lalu mereka akan dihancurkan oleh Firaun. 

Akan tetapi, kesabaran dan ketaatan telah menyelamatkan mereka dari musibah yang besar, bilamana Allah memerintahkan Nabi Musa memukul lautan, bagi membuka jalan untuk menyelamatkan mereka.

Lihatlah dengan mata hati, anak kesayanganku, di saat yang genting itulah datangnya ujian Allah kepada kita. 

Hendak diuji samada kita akan membelakangi jamaah atau meninggalkan jamaah. Aku mohon kita semua diberi perlindungan Allah dari petaka itu.

Oleh itu wahai anakku, apa payah bagimu bersabar seketika sementara menunggu jawapan bersama jamaah?

Janganlah kerana engkau bimbang keputusannya tidak selaras dengan kehendakmu, lalu engkau tidak sabar dan tergopoh melakukan sesuatu yang dilihat seolah-olah memaksa jamaah menuruti kehendakmu.

Jangan pula kamu merasai hebatnya tindakanmu kerana tindakan kamu ini akan membangkitkan serangan yang sedang tidur ke arah kamu. Aku cukup bimbang harga yang perlu dibayar oleh kamu hanya kerana ketidaksabaranmu menunggu jawapan jamaah.

Senyum

~DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN, 

Banyakkan Kasih sayang

Photo

~DR MUHAYA,

SAKITNYA UJIAN


SAKITNYA UJIAN

Soalan:
Salam Ibu...semakin bertahajud, solat taubat, hajat dan dhuha semakin besar ujian..kenapa?

Jawapan:

Ikhlasnya hati bertanya. Terima kasih sayang.

Bila kita bersolat bukan supaya kita tidak ditimba ujian. Kerana ujian itu adalah syarat untuk kita memasuki Jannah.

”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [al-Ankabut: 2-3] 

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

Namun Allah tidak akan menguji kita dengan beban yang diluar kemampuan kita.

”Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.“ [Al-Baqarah: 286] 

Bersolat membantu kita untuk tenang melalui ujian bukan untuk kita mengelakkan ujian. Dalam masa yang sama kita melihat orang yang beriman dan rajin bersolat seolah-olah tidak pernah mengeluh dengan kesusahan. Malah seolah-olah hidup mereka tiada ujian.

Sebenarnya mereka amat melalui ujian, namun disebabkan iman dan solat mereka, mereka tenang didalam ujian sehinggakan orang lain tidak sedar.

Oleh itu sayang, bertenang hatilah dengan ujian yang diterima. 

Minta kekuatan untuk melaluinya dari Allah. Ujian membawa kita dekat kepadaNya. Oleh itu janganlah bersedih 


Salam Kasih,
Ibu Rose.

~Prof. Dr. Rozieta Shaary's 

Bercakap di belakang?

Photo: Semoga bermanfaat, insya'Allah.

- Share

Follow/Like : Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad 

[Admin]

Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad,

'kita mampu mengubah layar kapal..'.


Wahai anakku,
Kita tak berupaya tukar arah angin, tapi kita mampu mengubah layar kapal. Perkara di atas perlu difahami oleh anakanda jika selalu tertekan dengan pandangan orang lain terhadap diri sendiri.

Wahai anakku,
Ingatlah pandangan orang lain terhadap diri sendiri ialah angin - kita tidak mampu mengubahnya. Tapi kita mampu mengubah diri sendiri seperti layar kapal – kerana ini di bawah bidang kuasa kita dan untuk sendiri berasa gembira dan bukannya demi mengubah pandangan orang lain.

Wahai anakku,
Angin akan berubah secara sendiri bila sampai waktunya. Apa jua arah angin yang datang tidak perlu dirisau kerana kita dah pandai mengawal layar kapal untuk sampai destinasi yang diimpikan.

Senyum.

DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN, 

kenapa buah masih tidak ada...


Masing-masing mendakwa akidahnya paling benar. Kata A di sini tidak ada mujassyimah. Kata B pula di sini tidak ada bid'ah. Kata C... (masing-masing dengan hujah naqli dan aqli yang tersendiri.)

Bila ditanya mana adab dan akhlak? Masing-masing menjawab, "tidak ada gunanya ibadah dan akhlak jika akidah sudah rosak."

Akidah itu akar, ibadah itu pohon, adab dan akhlak itu buahnya. Benar, tanpa akar, pohon dan buah tidak akan ada. Tapi kenapa buah masih tidak ada kalau betul akar dan pohonnya sudah benar?"

Aku yang masih belajar dan mujahadah ini masih mencari jawapannya.

~USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI,
~