Ahad, 10 Ogos 2014

Tiada yang kebetulan..

Tidak ada yang kebetulan. Semuanya bersebab. Semuanya berakibat. Semuanya untuk kebaikan. Semuanya berhikmah... sama ada kita diuji atau diazab. Kerana Allah tahu yang sebaiknya untuk kita.

Sedih ketika difitnah. Mungkin kita pernah memfitnah hingga orang sedih. Seronok dipuji. Mungkin kita pernah memuji hingga orang rasa dihargai. Dibenci. Agaknya kita pernah membenci. Disayangi. Mungkin kita pernah menebar rasa kasih. Tidak mesti orang yang sama. Kerana Allah paling tahu siapa yang patut diberi nikmat..siapa yang patut ditarik nikmat. Itulah kebesaranNYA. Sedang kita tak punya apa2 untuk mempertikai mengapa aku? Bukan dia! Bukan mereka!

Maka...muhasabah diri adalah jalan terpuji agar kita sentiasa sedar diri. Benar! Adakala musibah itu lebih baik agar kita beringat..daripada nikmat yang buat kita lalai.