Sudah semestinya hati terganggu oleh
kerenah-kerenah manusia atau gelombang kehidupan. Namun lazimilah mencapai al-Quran
dan membacanya. Bacalah ayat-ayat Allah itu kerana ia pasti akan menjana
kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan. Itulah penawar jiwa, ubat kepada
hati.
“Kami turunkan kepadamu al-Quran
ayat-ayat suci yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang beriman...” (al-Isra’
17:82)
Jiwa yang tidak membaca al-Quran
umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya
dan betapa mahal sekalipun, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah
jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad
luaran seseorang, tanpa al-Quran segalanya tidak bermakna.
Orang yang berjaya tetapi meminggirkan
al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat
jatuh. Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.
Buat mereka ini dijanjikan kesibukan
yang tiada henti, kelesuan yang tidak berpenghujung, kejemuan yang sentiasa
mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.
~Ustaz Pahrol Mohamad Juoi~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan