Isnin, 5 Ogos 2013

Siapa Hero Sebenar

Wahai anakku,
Jangan sesekali engkau menganggap dirimu sebagai hero apabila nama kamu naik sehinggamu terasa sendiri berjaya mahupun penting. Kerana ramai mereka yang berkorban besar dan lebih hebat daripada engkau selama ini hanya duduk di belakang takbir orang yang mendapat nama.

Dalam diam mereka ini bertahan meskipun pahit. Mereka tidak dikenali oleh orang ramai bagaikan akar pokok yang tengge
lam di dalam bumi. Peluh yang mereka keluarkan, darah yang mereka alirkan dan air mata yang titiskan tiada siapa yang tahu. Walaupun mereka terpaksa menanggung marah, menanggung fitnah tanpa pujian-pujian indah yang diterima rimbun, mereka tetap istiqamah dan tidak berputus asa dengan apa yang dilakukan mereka.

Boleh engkau jadi seperti mereka? Jika tidak boleh, apakah engkau layak menggelar diri sendiri sebagai hero? Ingatlah, wahai anak kesayanganku, mereka ini barulah hero yang sebenar. Contohilah mereka, dan bukannya mereka yang sering berbising takut orang tidak mengenalinya dan takut orang tidak menggelar mereka sebagai hero. Berusahalah untuk mengejar menjadi hero di hati Allah, daripada hero di hati manusia.
Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan