Jumaat, 25 Julai 2014

Antara berani dan Angkuh...


Alkisah seekor kerbau

Seekor singa sedang mengintai seekor kerbau sekian lama. Apabila kerbau yang sibuk makan rumput tinggal keseorangan, singa itu pun keluar dan berlari menuju ke arah kerbau.

Kerbau yang terkejut itupun lari dengan sepenuh hati. Singa mengejar di belakang dengan dekat.

Setiap kali terjumpa corner, jarak di antara kerbau dan singa bertambah. Di jalan yang lurus, jarak di antara kerbau dan singa berkurang.

Setelah 10km, kerbau terasa keletihan. Tetiba selepas satu korner, kerbau berhenti dan menghalakan tanduknya ke arah singa.

Singa menarik brek kaki. Terkejut beruk melihat keberanian kerbau. Singa pun berundur.

Setiap langkah kerbau ke depan, singa berundur satu langkah ke belakang. Singa yang garang tiba-tiba bertukar menjadi seperti seekor kucing yang lemah.

Kerbau bertambah yakin sehingga terlupa bahawa lawannya ialah seekor singa. Walaupun singa dah berundur jauh daripadanya, kerbau terus mara merasakan diri akan menang.

Ketika itulah, singa tersedar. “Mengapa aku perlu takut? Dia itu kerbau saja,” bisiknya lalu terus menerpa ke arah kerbau secara mengejut.

Kali ini, kerbau tidak berjaya melarikan diri dan akhirnya maut dibaham singa.

Wahai anakku,
Singa tidak menang kerana giginya yang tajam, sebaliknya kerana kelicikannya. Kerbau tidak terkorban kerana tiada gigi yang tajam, sebaliknya kerana keangkuhan butanya.

Ingat wahai anakku, keberanian ialah satu senjata tajam yang boleh menggerunkan lawanmu. Keangkuhan juga merupakan satu senjata yang tajam, tapi ia sekadar boleh melukakan diri kamu sendiri.

Senyum

~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man