Selasa, 8 Julai 2014

Manisnya Tadarus Ramadhan ini

Tadarus Ramadhan kali ini unik. Manis. Indah. Berbeza.

Kami sepatutnya membaca terjemahan juga tetapi kami memilih untuk membaca tafsiran ibnu kathir yang tersedia pada setiap halaman. Lebih mudah untuk faham berbanding dengan membaca bulat2 terjemahan dengan sastera yang amat tinggi dari Tuhan.

Kami bertuah...beruntung kerana mendapat Ustazah Aisyah yang  penuh ilmu sebagai ketua dan penyemak bacaan group kami yang seramai 5 orang. Saya teruja untuk menumpang wanginya ilmu dan sifat solehah beliau. 

Seorang  saudara baru, Jariah turut menghiasi group kami. Saya kagum dengan minatnya untuk memahami alQuran biarpun 'slang' lidahnya kadang2 membuatkan dia sendiri tertawa. Pengalaman hidupnya membuatkan saya berfikir tentang kekuatan diri sendiri. Benar! Semangat dan kekuatan itu ada jika kita benar2 mahu mencari redha Allah.

Manja, rakan yang aktif dalam kerja2 kemasyarakatan, tapi juga sensitif bila membaca tafsiran alQuran. Airmatanya yang begitu mudah mengalir tiap kali membaca  tafsiran sirah nabi dan terapi jiwa takkan saya lupa.

Lebih terharu bila saya bertemu tanpa sedar dengan makcik hajah saamah, kawan arwah emak ketika mereka sama2 bertanding dan aktif dalam tilawah alQuran puluhan tahun dulu. Subhanallah...berkat bulan maghfirah dan berkat  alQuran, kami bertemu dalam majlis yang dihadiri para malaikat yang sedang membawa rahmat dari Allah.

Untuk Manja, Jariah, Makcik dan Ustazah Aisyah...i luv this moment..our commitment. Biarpun baru hari ke10 dan masih ada 10 hari lagi untuk sampai ke majlis penutup, khatam ...namun rasa sayu sudah mula terasa.

Tahun depan belum tentu akan bersama semula.  Kita bertemu kerana Allah. Berkumpul di rumah Allah kerana Allah. Semoga kita ditemukan semula di syurga SANA.
Aminn...

Saya pasti merindui suasana berkah dan penuh rahmat ini.