Jumaat, 25 Julai 2014

"...lampu trafik merah itu mungkin ialah medan latihan Allah..."


Alkisah lampu trafik

Ami dan Mat sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum teh dengan rakan-rakan. 

Memandangkan ketika itu masa dah lewat tengah malam, sekitar 2am, Ami sengaja mengambil jalan kecil yang tidak bertol.

Jalan kecil ini merentasi banyak simpang di kawasan perumahan. Setiap simpang ada lampu trafik.

Ketika tiba di lampu trafik yang pertama, Ami bertembung lampu menjadi merah. Ami sabar menunggu gilirannya untuk bergerak meskipun di tiga simpang yang lain tiada kereta.

Tiba di lampu trafik yang kedua, Ami bertembung lagi dengan lampu yang merah. “Aik, merah lagi,” katanya.

Ami menunggu. Melihat tiga simpang yang lain tiada kereta, Ami semakin hilang kesabaran. Tetiba, Ami menekan minyak langgar lampu merah. Mat, rakannya di sebelah pun terkejut.

Perkara yang sama juga berlaku di lampu trafik ketiga dan keempat. Ami tidak lagi sangsi seperti di lampu trafik kedua untuk melanggar lampu merah.

“Ami… ,” kata Mat, “Jangan teruskan sikap ini. Bahaya untuk diri enta. Anta boleh masuk neraka.”

“Neraka? Tiga simpang lain tak ada kereta, macam mana nak masuk neraka,” jawab Ami dengan bangga.

“Kalau ini sikap anta, ana takut kamu akan terlupa Allah dan melakukan maksiat kelak nanti ketika anta rasa anta bersendirian dan tiada orang nampak. Ingat, walau tiada kereta lain di tiga simpang itu, Allah ada. Ana sekarang bimbang jika anta bersendirian dan berdepan dengan perkara yang boleh merosakkan, anta akan buat kerana merasakan tiada orang lain yang sedang melihat,” terang Mat.

Ami tersepu malu. Di lampu trafik seterusnya, Ami sabar menunggu meskipun tiada kereta di simpang yang lain. Dalam keadaan sebegitu, tetiba Ami merasa semua lampu trafik tetiba baik kepadanya kerana semua bertukar hijau selepas menunggu seketika sahaja.

Wahai anakku,
Sudah tentu kamu pernah melalui apa yang dirasai Ami. Namun, ingatlah, lampu trafik merah itu mungkin ialah medan latihan Allah untuk kuatkan disiplin kamu. Jangan sesekali lupa setiap perbuatan kamu meskipun di dalam bilik yang ditutup rapi akan dihitung nanti. Allah Maha Mengetahui.

Senyum

~ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man