Ahad, 26 Januari 2014

Bertahan demi DIA

Ketika diasak dengan tanggapan bertubi-tubi, ada kalanya diam itu seperti gambaran  kita kalah. Namun hakikatnya kita menang. Kita juara kerana masih mampu mengawal kata-kata dari terus melukai. 

Keikhlasan itu umpama semut hitam yang merayap di atas batu hitam di malam yang pekat, gelap gelita. Siapa kita untuk menghurai ikhlasnya hati orang?  Sedangkan tubuh sendiri masih belum mengenal isi hati sendiri, siapa kita untuk membaca hati orang? Mempertikai bersih hati orang? 

Bertahan itu memang menyakitkan. Tapi nikmatnya kerana malaikat sentiasa di sisi. Biarlah dia yang tercipta daripada cahaya itu menjawabnya. Hikmahnya tetap ada.

Ilmu dikutip untuk mencantikkan jiwa. Bukan untuk mendabik dada.