Isnin, 13 Januari 2014

Buih Di Bawah Cahaya

Wahai anakku,

Buih di bawah cahaya kelihatan berwarna seperti kamu yang ditipu dunia merasakan kamu bahagia di akhirat.

Buih tidak tahan lama, sentuh saja akan pecah ibarat benda duniawi ini juga, ia tidak kekal dan hanya sekejap sahaja.

Jika kamu dapat memahaminya, apa perlu menyusahkan hati tatkala kehilangan perkara-perkara duniawimu.

Wahai anakku,
...

Yang mana lebih berat pada pandanganmu – sekati kapas atau sekati besi?

Kapas ataupun besi?

Sebenarnya keduanya sama berat kerana kedua-duanya sekati. Cuma minda kamu sahaja yang berpersepsi bahawa besi jauh lebih berat pada kapas, sebagaimana kamu mabuk di dalam duniawi sehingga terlupa Allah dan akhirat.

Senyum.
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man