Selasa, 21 Januari 2014

'Surat Terakhir Untuk Isteri'

Ini cerita tentang "setia."

Saya membaca "Surat Terakhir" nukilan Bapak BJ Habibie kepada almarhum isterinya, Ibu Ainun. Indah dan realistik.

____________________

"Sebenarnya ini bukan tentang kematianmu. Bukan itu. Kerana aku tahu bahawa semua yang ada, pasti akan menjadi tiada pada akhirnya. Kematian adalah sesuatu yang pasti, dan kali ini adalah giliranmu untuk pergi. Aku sangat tahu itu.

T...
etapi yang membuatkanku tersentak sedemikian hebat, adalah kenyataan bahawa kematian benar-benar dapat memutuskan kebahagiaan dalam diri seseorang (saya tambah: jika ia tidak ditanggapi dengan iman).

Sekejap sahaja, lalu rasanya mampu membuatku menjadi nelangsa setengah mati. Hatiku seperti tidak di tempatnya, dan tubuhku terasa kosong melompong, hilang isi.

Kau tahu sayang, rasanya seperti angin yang tiba-tiba hilang,
berganti kemarau gersang.

Pada air mataku yang jatuh kali ini, aku selitkan salam perpisahan panjang, pada kesetiaan yang telah kau ukir, pada kenangan pahit manis selama kau ada. Aku bukan hendak mengeluh, tetapi rasanya terlalu sebentar kau di sini.

Mereka mengira akulah kekasih terbaik bagimu, tanpa mereka sedari bahawa kaulah yang menjadikan aku seorang kekasih yang baik.

Mana mungkin aku bisa setia, padahal memang kecenderunganku adalah menduakan cinta. Tetapi kau ajarkan aku kesetiaan, sehingga aku setia. Kau ajarkan aku erti cinta, sehingga aku mampu mencintaimu seperti ini.

Selamat jalan.

Kau datang daripada Allah, dan kembali kepada-Nya.
Kau dulu tiada untukku, dan sekarang kembali tiada.

Selamat jalan, cahaya mataku, penyejuk jiwaku.
Selamat jalan, calon bidadari syurgaku.

____________________

Sebak okay!
 
~Shared dr Azizah Aling