Isnin, 13 Januari 2014

Besi Musnah Kerana Karatnya. Manusia?

Wahai anakku,
Tiada yang boleh memusnahkan besi melainkan karatnya.

Begitu juga kamu, tiada yang boleh memusnahkan kamu kecuali pemikiran mindamu sendiri.

Naik turun kehidupan adalah pengajian untuk menimba pengalaman di dalam dunia ini.

Jika kehidupan bagaikan garis mendatar, ia bagaikan jantung tidak berdenyut.

Oleh itu, wahai anak kesayanganku, apabila kamu menghadapi cabaran tanyalah diri:...


Apakah kamu tidak dapat melakukan sesuatu?
Atau kamu tidak mahu melakukan sesuatu?

Jika kamu berpegang pada kata-kata bahawa kamu tidak akan diuji Allah dengan cabaran di luar kemampuanmu, kamu sudah pasti tahu menjawab dua soalan di atas.

Senyum
~Ustaz tuan Ibrahim Tuan Man