Selasa, 10 Jun 2014

Bersainglah dengan Hati Bersih

Persaingan itu nilainya sihat. Indah. Meningkatkan diri. Tapi kebaikan begitu hanya ujud dalam hati yang bersih. Pada jiwa yang tiada perasaan tercabar. Pada manusia yang rendah hati. Tak punya ego diri.

Persaingan yang sihat membuahkan masyarakat yang berjaya, komuniti yang saling meningkatkan diri anggota, individu yang tidak menguji kejujuran orang lain.

Ada individu yang larinya pantas, bukan kerana dia ingin menyaingi individu lain. Tapi kerana dia telah dididik sebagai pelari pantas...sehingga berlari pantas sudah menjadi tabiatnya. 

Namun ada segelintir individu lain yang menganggapnya cuba bersaing. Cuba menjadi juara. Betapa kelurusan individu sering dijadikan mangsa ego 'predator'.