Isnin, 30 Jun 2014

ramadhan pertama

Semalam hari pertama ramadhan.Juga hari pertama bertadarus beramai2 di masjid pada hari pertama ramadhan. Sungguh! Dunia sering membuat kita rasa sibuk. Kita sebenarnya yang memilih untuk sibuk. Sibuk untuk dunia. Hingga akhirat jadi terpinggir. Jadi pilihan kedua. 

Sedangkan dunia Allah jadikan untuk kita sediakan diri untuk akhirat. Dan kita sepatutnya...mesti...wajib menyibukkan diri untuk akhirat. Beruntunglah! Kerana ada ramadhan untuk kita 'pause' aktiviti yang melalaikan. Ramadhan sering menyedarkan kita yang usia semakin sampai ke penghujungnya...sedang kita masih takde apa2 untuk dibawa ke SANA.

Ya Rabb...tetapkan hamba2MU ini sentiasa di jalanMU yang lurus. Aminn