Jumaat, 6 Jun 2014

Dosa Kepada Ibubapa Segera Dibalas di Dunia


Terjumpa dengan seorang lelaki di chow kit. Dia minta sedekah. Lapar minta makanan. Terus ajak dia makan....


Berbual dengannya. Dia ceritakan kisah hidupnya. Dia kena hiv aids. Dari kisahnya saya dapat sesuatu, punca utama dia ditimpa sehingga membawanya ke situ ialah pernah satu hari kerana menagih dia pukul mak ayahnya. Belasah mak ayahnya...

Semenjak itu dia ditimpa pelbagai musibah. Saya hanya mampu ceritakan kisah semasa orang yang berjaya berubah dan beri harapan Allah Maha Pengampun dan teramat penyayang lebih dari yang pernah kita bayangkan dan gambarkan...

Semua dosa melainkan syirik insyaAllah diampunkan. Tapi dosa terhadap ibubapa akan diberi balasan segera di dunia ini....

Sayangilah mak ayah. Jangan lupakan mereka. Layani mereka sebaiknya. Mak ayah ialah jalan ke syurga paling cepat dan termudah. Orang yang layan mak ayah macam vvip nanti Allah layan lebih dari itu bahkan dalam dunia lagi. Jangan tengking mak ayah. Jangan lupa jadi anak yang baik. Jaga solat awal waktu, tahajud, jaga aurat, jaga perintah Allah. Doakan mak ayah. 

Mari tadah tangan di waktu pagi ini 

ya Allah yang Maha Penyayang ampunkanlah dosa kedua ibubapaku. Kasihanilah mereka. Letakkan mereka dalam syurga firdaus. Ya Allah letih, penat , tangisan mereka, segala kebaikan dan belas mereka kau terimalah sebagai amal kebaikan mereka. Ya Allah, ibubapa kami yang masih hidup , sihatkanlah mereka. Sihatkan sakit badan, sakit lutut mereka. Ya Allah mudahkan perjalanan mereka. Berilah keberkatan dan rahmat mencurah kepada mereka. Ya Allah, maafkan kami kerana belum memberi menjadi anak soleh buat ibubapa kami-ebit lew( 7-9 Jun Kembara Intelek dan Sahsiah Savanah hill Johor Bahru)

~Ebit Lew