Rabu, 11 Jun 2014

Jagalah... Kesan Air Liur pada Kita

Wahai anakku,
Tahukah kamu bahawa apa yang anda lihat, dengar, cakap dan bertindak akan membentuk molekul pada air liur yang kamu telan setiap waktu. Oleh itu…

Jagalah fikiran anda,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi kata-kata kamu,

Jagalah kata-kata kamu,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi tindakan kamu,

Jagalah tindakan kamu,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi tabiat kamu,

Jagalah tabiat kamu,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi perwatakan kamu,

Jagalah perwatakan kamu,
Kerana ia akan menghasilkan air liur, yang makin ditelan akhirnya ia menjadi kesudahan kamu.

Senyum.
Salam dari ayahanda.

~Tuan Ibrahim Tuan Man