Isnin, 5 Ogos 2013

3 Perkara Sebelum Mula Perjalanan

Wahai anakku,
Pandulah dengan selamat dan berhati-hati di jalan raya, bagi menggelakkan kemalangan di jalan raya. Sebelum memulakan perjalanan bagi ke kampung, engkau lakukan tiga perkara ini terlebih dahulu.

Pertama, jangan engkau lupa melakukan solat musafir.

Kedua, jangan kamu lupa membaca doa khusus yang bermaksud:

“Dengan nama Allah yang tidak ada mendatangkan sebarang mudarat daripada l...
angit dan bumi dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Doa tersebut, wahai anak kesayanganku, disuruh oleh Nabi agar dibaca sebanyak 3 kali dan diikuti dengan membaca ayat al-Qursy.

Ketiga, jangan engkau lupa membaca melakukan doa musafir.

Wahai anakku,
Perjalanan jauh yang mengambil masa yang lama sudah pasti memenatkan. Ambillah perhatian dengan keletihan yang kita rasai. Aku dan bonda sabar menanti kepulanganmu. Biar lambat, asalkan semua selamat sampai.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan