Ahad, 18 Ogos 2013

Tidak Memaafkan itu Sombong

Wahai anakku,
Kalau engkau suka Allah ampunkan dosamu, maaflah kesalahan orang lain padamu. Kerana kemaafanmu di dunia jauh lebih mudah berbanding engkau memohon keampunan dari manusia di akhirat. Aku sangat takut akan golongan yang muflis di akhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah, mereka adalah golongan yang banyak amalan, namun semasa di dunia banyak melakukan penganiayaan terhada...
p manusia; lalu mereka menuntut darinya di akhirat sehingga habis segala pahalanya dan diganti pula dengan dosa.

Wahai anakku,
Janganlah engkau terikut kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan, untuk tidak memaafkan kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoan yang memusnahkan. Apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. Yang penting wahai anakku, keinsafan terhadap kesalahan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah. Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya.

Senyum
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan