Khamis, 1 Ogos 2013

Tenang itu Dari Dalam Ke Luar

Alkisah 2 gambar…

Seorang raja Abdullah membuat satu pertandingan melukis – tema lukisan untuk menggambarkan ketenangan.

Beribu peryertaan dihantar, akhirnya baginda memilih dua gambar sebagai pemenang.

“Antara dua ini, yang mana patut jadi juara?” tanya raja Abdullah.

Gambar pertama berkisarkan sebuah tasik yang tenang, aman dengan gunung-ganang di sekitarnya dan langit biru berawan. Cukup me...
nggambarkan ketenangan.

Gambar kedua mempunyai gunung… tapi gunung yang botak… di atasnya langit mendung, hujan sedang turun dan berpetir… Antara gunung terdapat satu air terjun. Susah nak menggambarkan ketenangan, tapi cara lukisan itu menarik.

Baginda melihat lagi, di dalam gambar kedua, di tepi air terjun ada satu semak, yang seekor ibu burung telah membina sarangnya. Dalam aliran air yang ganas, ibu burung duduk di dalam sarangnya dengan penuh ketenangan.

“Ustaz, beta tak tahu nak pilih. Apa pandangan ustaz?” tanya Raja Abdullah kepada Ustaz Salahuddin.

“Apa erti ketenangan sebenar pada Tuanku?” tanya Ustaz Salahuddin.

“Tenang segalanya…,” jawab Raja Abdullah… “tapi tak pasti.”

“Sesuatu situasi yang tenang, boleh menjadi satu keresahan – jadi suasana tenang itu bukan kunci kepada ketenangan. Ketenangan tidak bermaksud bebas daripada bunyi bising, masalah dan kerja. Ketenangan sebenarnya adalah seperti ibu burung, di sebalik suasana yang tidak tenang, hati ia tenang berehat di dalam sarangnya. Itulah ketenangan sebenar…” terang Ustaz Salahuddin.

Gambar kedua akhirnya dipilih oleh Raja Abdullah…

Wahai anakku,
Tatkala hatimu tidak senang, rumah cantikmu, katil besarmu, duit banyakmu, keluargamu, sahabatmu, kekasihmu dan segala yang lain yang dikasihi kamu juga akan bertukar menjadi tidak berselera bagimu.

Ingatlah wahai anakku, tiada penjara lebih besar daripada hatimu yang gelisah dan tidak tenang. Dan aku bimbang penjara ini memerangkap kamu sehingga kamu tidak dapat bergerak ke depan sekiranya kamu tidak mahir mengatasinya.

Segala benda duniawi ini tidak membawa ketenangan kerana ketenangan sebenar datang dari hatimu yang tenang. Sekiranya hatimu tidak tenteram, meskipun kamu duduk di situasi gambar pertama yang penuh ketenangan, gelisah tak tentu hala akan membuka pintu kepada syaitan untuk berbisik mengganggu mindamu.

Sebaliknya jika hatimu tenang, kamu akan mendapat ketenangan seperti burung di gambar kedua walaupun keadaannya bising tak berselera.

Oleh itu wahai anakku, dekati Tuhanmu melalui ibadah-ibadahmu dan kerja-kerja amal untuk mencari ketenanganmu yang hilang. Allah akan memberikan ketenangan pada hati dan jiwamu tatkala kamu mengumpul lebih banyak yang baik daripada buruk. Kamu boleh bermulalah dengan berkongsi ilmu ini dengan sahabat-sahabatmu yang memerlukannya.

Senyum.
 
~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan