Khamis, 31 Oktober 2013

Belajar Agama itu Perlu! Mesti!

Seorang pemuda di daerah saya terkenal budak agak nakal pergi belajar agama dan meningkatkan keimanan. Tapi ibubapanya ingin dia kerja untuk cari duit untuk keluarga. Tapi sebab dia pun belum ada sifat untuk tawan hati ibubapanya. Dia baru belajar jadi baik.

Dia pergi juga untuk belajar agama. Beberapa orang nasihatkannya supaya tidak payah pergi belajar iman dan agama.

Satu hari dia pergi belaj...
ar dan bila hampir tamat ayahnya sakit . Tapi jika dia balik, jauh dan mungkin tidak berpeluang untuk sambung semula kerana pelbagai kekangan.

Pakcik makciknya semua suruh balik. Tapi makayahnya sebenarnya telah redha dan tidak kisah sangat. Tapi masih terkesan dengan nasihat orang keliling.

Apalah anak kau, mak ayah sakit sibuk belajar agama tingkatkan iman. Dah dewasa carilah duit untuk keluarga. TInggal dunia. Seimbanglah dunia akhirat. Sesatlah anak kau tu. Dan macam-macam lagi.

Akhirnya dia pulang setelah habis belajar agama. Tapi masa tu ayahnya baru meninggal beberapa hari.

Dia sangat sedih kerana tidak dapat jumpa ayahnya. Jiran dan saudara mara semua marahnya. Tapi dia cuma ada satu peluang untuk belajar.

Bila dia jumpa ibunya dia menangis dan minta maaf. Maknya kata jangan sedih anakku. Masa ayah kamu sakit mak asyik mimpi ayah kamu sedang dibakar. Dia dihimpap batu yang sangat berat. Tapi selepas ayah kamu meninggal mak berulang-ulang mimpi ayah kam gembira dan kamu telah bantunya keluar dari api itu dan selamat dari batu tadi.

Maknya kata, terima kasih wahai anakku. Kerana doa kamu, ayah kamu selamat. Kamu dekatkanlah diri pada Allah supaya mudah-mudahan kamu boleh bantu mak pula.

Wahai ibu ayah sekalian, didik anak kita dengan belajar iman dan agama. Mengenal Allah sebelum mengenal yang lain. Itulah yang akan membantu kita di dunia dan akhirat. Jika mereka mufti, mufti yang takwa. Jika mereka ustaz, ustaz yang takutkan Allah. Jika doktor, doktor yang takwa, jika peniaga, peniaga yang takwa pada Allah.

Malangnya anak kita kenal A for Apple..Tapi belum kenal Allah... Mereka kenal Menteri sekian tapi belum kenal Allah. Mereka kenal tokoh yang belum tentu benarnya. Tapi tidak kenal Nabi saw. Mereka sayang artis sekian. Tapi mereka tidak kenal kehidupan sahabah. Habis umur sampai 23 tahun tapi nak bangun Solat Subuh di masjid pun belum boleh. Belajar sampai UK, Russian, Madinah ,Jordan, Mesir tapi bila balik kampung nak pergi masjid pun tidak mampu.

Kata Lukmanul Hakim aku hairan orang yang kata mereka LELAKI tapi tidak mampu pergi Subuh di masjid. Lelaki dulu bagi nyawa untuk agama.. Penuh kasih sayang kerana Allah. Mereka mencintai Allah juga Allah sangat mencintai mereka, mereka tegas terhadap orang yang yang ingkar. Waktu malam mereka menangis dihujung hari di depan Allah. Mereka bantu orang lain walaupun mereka sendiri lapar dan susah. Bila mereka susah, mereka hanya nak Allah.-ebit lew yang jahil,dhaif dan berdosa.


~Ebit Lew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan