Khamis, 24 Oktober 2013

Jangan Biar Otak Melepuh!

Ramai yang tergigit lidah ketika makan. Ya, memang sukar untuk melihat 'kesakitan' itu dari sudut yang positif.

Begitu juga bagi yang terpotong jari ketika memotong...

Apa kata Allah tidak wujudkan kesakitan ini....? Mungkin kita tergigit lidah dan terpotong jari sehingga putus tanpa sedar.

Kesakitan fizikal ialah jam loceng terbaik Allah buat di sistem badan manusia untuk mengelak daripada kec...
ederaan lanjut. Ia seolah-olah memberitahu kita "Anda kena berubah cara anda buat tu."

Ok... sekarang bandingkan ini dengan kesakitan emosi... mengapa Allah membuat manusia boleh merasa sedih, pilu, dengki dan marah? Mengapa tidak Allah membuat manusia sentiasa berasa gembira sahaja, sedangkan kita disarankan senyum untuk sedekahkan ceria kepada orang lain?

Jika kesakitan fizikal ialah jam loceng untuk kecederaan badan/kulit... Allah turut membuat jam loceng untuk manusia dalam bentuk kecederaan minda iaitu sedih, pilu, dengki dan marah...

Sekiranya kita mengalami sakit emosi - ingatlah ia sebenarnya memberitahu kita untuk mengubah pemikiran kita.

Selagi kita tidak mengubah pemikiran kita, selagi itulah kita akan mengalami kesakitan emosi.

Ia adalah normal untuk berasa sedih, pilu, dengki dan marah - untuk seketika - kerana kita hanyalah manusia biasa dan hati kita dibuat daripada daging juga... namun sekiranya ia berpanjangan, maksudnya jam loceng minda kita telah berbunyi.... Mungkin mesej yang ingin disampaikan jam loceng ini ialah:

"Jangan harap nak kawal orang lain..."
"Jangan harap orang lain berfikiran seperti kamu..."
"Jangan bergantung pada orang lain untuk membuatkan kita gembira..."

Jika kita kekalkan fikiran kita, kita akan terus merasakan kesakitan emosi yang sama seperti pisau menghiris jari... pisau menghiris jari ini sakit, tapi kesakitan fizikal kita pandai nak elak, tapi kesakitan emosi, kebanyakkannya akan terus menghiris kerana tidak sedar jam loceng badan telah berbunyi dalam bentuk perasaan marah, dengki, pilu dan sedih....

Kaki melepuh bermaksud sudah sampai masanya untuk menukar kasut, kesakitan minda ini seperti melepuh di otak, ialah mesej untuk mengubah cara pemikiran.

Sekadar berkongsi pengalaman diri buat semua. Kongsilah kepada rakan-rakan yang memerlukannya. SENYUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan