Khamis, 24 Oktober 2013

Saat Terbaik Bermanja Dengan Tuhan.

Ujian; Saat Terbaik Bermanja Dengan Tuhan.

Allah kirimkan ujian sebab Dia mahu kamu bermanja dengan dia lewat solat dan doa. Allah rindukan kamu, dan bersyukurlah kerana Allah sedang mengawasi diri kamu. Bermakna, kamu masih berada dalam pandangan cinta dan kasih Allah, Tuhan kita yang maha sempurna segala.

Kita selalu rasa, bahawa apa yang kita lalui saat ini adalah dugaan paling berat, tanpa k...
ita ukur bahawa ada orang lain yang perlu mendepani getir ujian yang lebih menguji keampuhan iman.

Termometer iman kita sentiasa layak untuk diuji, adakah ia suam, hangat, atau terlalu panas. Mungkin saat Allah uji itu, hati kita sedang mencintai isi dunia ini dengan terlalu. Lantas, Allah hadirkan peringatan agar kecintaan yang berlebihan itu kendur, dan kita kembali melangkah pada paksi asal agama dalam perihal mengabdi di muka dunia.

Allah hilangkan apa yang kamu rasakan sepatutnya milik kamu, kerana Dia mahu hadiahkan iman yang lebih tinggi untuk kita hargai. Iman yang mengisi hati itu akan subur dan bakal menjadi tiket untuk kita menuju ke syurga saat kita berpindah dunia kelak."

*Credit to Cik Azizah (dengan sedikit edit)


~Imam Muda Hassan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan