Ahad, 13 Oktober 2013

Bila Minda Kita Dibasuh!

Wahai anakku,
Engkau sedar tak minda kamu sedang dibasuh di dunia ini. Sedar tak bagaimana otak kamu dibasuh? Mereka mengulang-ulang perkara yang sama.

Mereka mengulang memberitahu memiliki sesuatu benda itu sangat penting. Mereka mengulang memberitahu memiliki duit yang banyak itu sangat penting. Makin banyak harta dan duit, makin baik. Makin banyak makin baik.

Sedar tidak sedar, engkau juga m...
engulangi perkara yang sama yang diulang kepada kita. Air liur yang terjana hasil daripada itu kamu telan tanpa sedar sehingga ia sebati denganmu.

Sehingga kamu tidak memikirkan apakah itu benar. Sehingga kamu tidak mengambil kisah untuk memikirkan sebaliknya. Sehingga kamu tersasar kerana kamu tidak mempunyai perspektif terhadap apa yang betul-betul penting untuk hidup kamu.

Wahai anakku,
Akibat racun ini, kamu ingin memiliki rumah yang baru. Kamu ingin memiliki kereta yang canggih mahal. Kamu inginkan teknologi yang terbaru.

Semua ini untuk kamu bermegah-megah dengan orang sekelilingmu. Jangan jadi begitu wahai anak kesayanganku, kerana itu petanda kamu telah ditelan dunia.

Wahai anakku,
Apabila umurmu menghampiri ajal, kamu akan sedar duit dan harta bukanlah segalanya. Kamu akan sedar bahawa duit dan harta bukanlah perkara penting yang sepatutnya dikejar kamu sepanjang hayat kamu di dunia ini. Kamu akan sedar betapa tidak bergunanya duit dan harta yang dikumpul kamu kerana ia tidak digunakan untuk membantu orang-orang dalam kesusahan.

Di saat kamu menghampiri ajal, kamu akan sedar kedua-duanya tidak dapat memberikan kamu perkara terpenting di saat kamu memerlukannya iaitu perasaan puas kerana adanya kasih sayang dan ketenangan kerana telah melaksanakan hak dan suruhan Allah dengan baiknya.

Oleh, jangan ditelan duniawi, wahai anakku. Sedarlah, kerana kamu tidak sedar ajal kamu semakin hari semakin hampir.

Senyum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan