Jumaat, 11 Oktober 2013

kita Hanya Sebahagian...

Wahai anakku,
Malam ini aku tak berniat menulis panjang. Aku hanya ingin kongsikan satu cerita.

Satu ombak sedang menikmati kenyamanan angin, udara segar dan pemandangan yang cantik di sekelilingnya.

Apabila menghampiri pesisir pantai, ombak tersebut melihat ombak-ombak di depannya terbabas di atas pasir lalu hilang.

Ombak tersebut mulai takut melihat keadaan yang menggerunkan hati itu.

“Matil...
ah aku. Matilah aku. Lihatlah apa yang bakal berlaku pada aku,” bisiknya di hati.

Melihat gelabah ombak itu, adik ombak di belakangnya menegur.
“Mengapa kamu mengigil?” tanya adik ombak itu.

“Awak tak faham. Kita semua akan hancur. Ombak semua akan hancur! Semua ombak akan jadi tiada benda,” kata ombak itu.

“Awak yang tak faham. Kamu bukan ombak, kamu sebahagian daripada lautan ini. Manalah kamu akan hilang?” kata adik ombak itu.

“Ya, aku bukan ombak! Aku cuma sebahagian daripada lautan,” kata ombak itu lalu melanggar pasir di pesisir pantai dengan penuh senyuman.

Wahai anakku,
Diharap cerita ini membuatkan kamu terfikir sesuatu mengenai kematian, dan bagaimana kamu melihat kematian dan diri kamu. Selepas membacanya, tanyalah diri kamu, apakah kamu masih seperti ombak atau mulai sedar kamu cuma sebahagian daripada lautan?

Senyum
 
~Ustaz Tuan  Ibrahim Tuan Man

Tiada ulasan:

Catat Ulasan