Jumaat, 27 Disember 2013

Ada kala Kita Tak Perasan, Kita Sombong!

Pagi tadi breakfast di coffee house hotel. Biarpun hotel ini bertaraf tiga bintang, tapi biliknya luas, bersih dan selesa.

Sambil makan, terpandang sebuah keluarga di meja berdekatan. ibu bapa 30an dan sepasang anak-anak. Sambil menikmati sarapan, sambil menonton tv, cerita Life For Pi, yang tergantung di sudut coffee house.

Selesai menghabiskan juadah setengah jam kemudian, saya minum kopi. O! Meja depan dah kosong. Tapi...Tanpa sengaja bergenang mata tua ni melihat makanan berlebihan di atas meja keluarga tadi. Sampainya hati... Di bahagian meja tempat bapanya duduk, hampir epinggan mee goreng dan separuh ketul ayam tidak di makan. Di tengah-tengah meja, 4 keping roti toasted terbiar tidak dimakan. Pada pinggan lain ada ayam yang tidak habis. Beberapa nuget ayam juga bergelimpangan begitu saja.

Beberapa minit kemudian, waiter datang.. mengutip dan memasukkan semua sisa dan makanan berlebihan ke dalam bekas sampah. 

Aduhai!  
Andai kita golongan sederhana, ketika kita mengeluh dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, kita tak perasan sebenarnya yang kita turut menyumbang ke arah itu. 
Andai kita golongan mewah...kita patutnya sedih dengan sikap kita yang kadang-kadang berlaku akibat kita leka dengan istidraj.

Allah...Allah...Allah..
Kami hidup di bawah rahmatMU. Jauhkan kami dari sifat lalai dan sombong dengan kurniaanMU yang tak pernah putus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan