Isnin, 30 Disember 2013

Antara Merungut dengan Bersyukur

Seorang kakak dan adik perempuannya sedang berada di sebuah taman. Si kakak sedang mengunyah ayam goreng berempah bersama nasi dari beras panjang. Manakala si adik sedang makan ikan kering gelama bersama nasi dari beras hancur.

Adik ; Kenapa makanan akak jauh lebih baik dari adik? Kan emak dah suruh akak jaga adik betul-betul? Adik ni amanah akak tau! 

Kakak ; Adik patut bersyukur sebab masih dapat makan nasi dan ikan. Ada orang lain lagilah lebih susah. Takde apa yang dapat dimakan. Kalau adik asyik merungut je, tu tandanya adik resah dan tak bersyukur dengan apa yang adik dapat.

~WAJARKAH?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan