Rabu, 10 Julai 2013

1st Duty of Love is to Hear


Mungkin banyak yang ingin diceritakan atau disuarakan oleh isteri yang berada di rumah. Namun kita menjadi tuli. Kononnya cerita atau masalah di pejabat atau sepanjang kemusafiran kita, jauh lebih besar dan penting daripada apa yang dialami isteri di rumah.
Demikian juga di pihak suami. kadangkala dia juga ingin meluahkan rasa hatinya kepada isteri dengan cara bercerita. Tetapi apabila didapati isterinya asyik membebel atau merungut, lalu lidah dan hatinya terkunci untuk bercerita.
Kadang-kadang raut wajah dan mimik muka kita menjadi penghalang untuk pasangan kita memperdengarkan suara hatinya. Kita tidak bercakap... tetapi bahasa badan atau ayat mata kita seolah-olah memberi amaran; “Jangan ganggu saya. Saya letih!” Esok, lusa dan hari-hari seterusnya begitu juga.
Lama-kelamaan pasangan kita kehilangan suara. Dia tidak akan bercakap lagi. Dan lebih malang lagi, apabila dia berpaling kepada pihak ketiga yang lebih sudi mendengar.
“The first duty of love is to hear” – tanggungjawab pertama cinta adalah mendengar.
~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Buku; Cinta Kerana Allah (Telaga Biru)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan