Jumaat, 12 Julai 2013

Yang Berubah hanya Bekas Bukan isinya


Pertama sekali, tukar keadaan (baca baik-baik, tukar keadaan bukan tukar pasangan). Maksudnya, tukar cara dan gaya kita berkomunikasi dan berinteraksi. Pelbagaikan rencah pergaulan. Selang-selikan perbualan yang berbentuk ilmu dengan gurauan. Cari kisah-kiah santai tetapi penuh dengan pengajaran dan masukkan dalam perbualan biasa. Insya-Allah dengan adanya nilai tambah ini keadaan akan berubah. Jangan diulang-ulang joke yang sama. Jangan ulang ilmu dan tarbiah yang sama untuk disampaikan dengan cara dan gaya yang sama. Suami, jadilah murabbi yang kreatif dan inovatif.
Para isteri pula boleh menukar suasana dengan banyak cara. Tukar resipi makanan, tukar perabot di dalam rumah, tukar fesyen baju ketika berdepan dengan suami, tukar gaya rambut dan tukar apa sahaja yang boleh ditukar. Namun pastikan kemesraan, senyuman, simpati dan segala pengertian yang sejak lama itu tetap dipertahankan.
Kata orang, yang berubah hanya container (bekas) bukan contentnya (isinya).
~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan