Isnin, 15 Julai 2013

Jauhi Makruh, Usah Tangguh Taubat, Solat Berjemaah

Wahai anakku,
Beringatlah kamu terdapat dua lapis perisai, bagaikan sebuah rumah yang sudah berpagar elektrik kemudian digali parit lagi. Ini bagi menyelamatkanmu sekiranya terlanjur terlepas satu pagar, masih ada satu lagi pagar yang menyelamatkanmu.

Pagar pertama namanya makruh. Perbuatan makruh ini tak berdosa. Kalau engkau mendekatkan dirimu dengan benda yang makruh, ia bagaikan engkau terlep...
as pagar pertama (parit), maka yang engkau ada hanyalah pagar elektrik sahaja. Jika ribut nafsumu mengganas, dan tatkala itu ada pohon kayu yang tumbang atas pagar elektrikmu, maka terjebaklah kamu dalam perkara haram yang mengutip dosa.

Wahai anakku,
Ingatlah jika engkau biasa mendekati perkara-perkara yang makruh, kamu akan terasa ringan buat benda haram. Jika engkau menjauhi perkara-perkara yang makruh, nescaya benda haram payah untuk kamu laksanakan kerana iman di hatimu tidak mengizinkannya.

Namun ingatlah, ini tidak bermaksud kamu telah terselamat daripada kemungkinan melakukan perkara-perkara haram. Ia cuma menguatkan hatimu supaya engkau payah nak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah.

Wahai anakku,
Apabila engkau telah berbuat dosa, ingatlah yang penting kamu insaf dan mengenali itu adalah satu dosa dan cepat-cepatlah kamu bertaubat pada Allah. Cepat-cepatlah kamu kembali kepada Allah dan memohon kemampunanNya.

Jangan sesekali engkau tangguh lama-lama taubatmu - kerana syaitan akan datang membisik sehingga nafsumu mengawal mindamu dengan maksiat yang melalaikan dan menyeronokkan sehingga engkau dijangkiti lupa diri.

Wahai anakku,
Tabiatmu yang suka bersembahyang jamaah mesti sentiasa dijaga dan dipelihara. Tatkala imanmu masih kuat, jika sekali-dua kamu bersembahyang di rumah, kamu masih dapat merasai kenikmatan sembahyang bersendirian tidak sesedap bersembahyang jemaah.

Tapi jangan sesekali mencuba ia selalu, kerana kamu akan dikawal bisikan syaitan sehingga merasakan sembahyang bersendirian lebih nikmat rasanya berbanding solat berjamaah di masjid. Malah kemungkinan satu hari nanti, mindamu yang dibuai bisikan syaitan menyebabkanmu berasa malu dan malas melangkah pergi ke masjid ketika azan berkumandang. Wahai anakku, ambillah bulan Ramadan ini untuk menguatkan ketahanan dirimu daripada digoda bisikan syaitan.

Senyum.
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan