Isnin, 15 Julai 2013

Syurga Itu Mahal!

Wahai anakku,
Jadilah kamu seumpama pohon yang mengeluarkan buah, mereka melontar kamu dengan batu (untuk mendapatkan buah), kamu balaslah mereka dengan buah. Aku tahu ia tidak mudah dilakukan, tapi bersabarlah wahai anakku di atas jalan ini kerana jalan ini akan membawa kebahagiaan padamu di akhirat nanti.

Wahai anakku,
Apakah syurga itu murah harganya sehingga jika orang lain melakukan keburuka...
n, lalu engkau membalas keburukan itu? Atau engkau tidak menegur mereka yang tidak menegur kamu? Dan engkau tidak memberi salam kepada mereka yang tidak memberi salam kepada kepada kamu dan engkau tidak ziarah mereka yang tidak ziarah kamu? Kalau begitu gayanya tindakan engkau, aku sangat bersedih kerana aku tidak dapat melihat perbezaan di antara kamu dengan mereka yang kamu memandang hina.

Wahai anakku,
Ingatlah bahawa orang baik ialah mereka yang melakukan kebaikan sebagai balasan kepada mereka yang melakukan keburukan kepadanya. Firman Allah menyebut: "Berbuat baiklah sebagaimana Allah melakukan kebaikan kepada kamu.” Ketahuilah syurga itu sangat mahal harganya. Senyum.
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan