Rabu, 17 Julai 2013

Tanda Orang Sengsara


Tanda-tanda kesengsaraan seseorang adalah;

Semakin bertambah ilmunya, semakin sombong dan angkuh dalam tindak-tanduk dan perilaku. Ilmunya tidak bermanfaat, hatinya kosong, watak dan tabiatnya kasar.

Semakin bertambah amal perbuatannya, semakin tinggi kesombongannya, semakin kecil nilai orang-orang di sekitarnya, semakin baik prasangkanya terhadap dirinya sendiri. Ia merasa bahawa hanya dirinyalah yang selamat, yang lainnya akan binasa. Dia merasa bahawa dirinya akan memperoleh semua kejayaan, sedangkan yang lain akan berjalan di bibir kehancuran.

Semakin bertambah usianya, semakin bertambah sifat rakusnya. Dia terus menimbun hartanya, tanpa harus mengeluarkannya. Berbagai bencana, musibah dan mala petaka tidak pernah menyentuh hatinya dan menyedarkannya.

Semakin bertambah hartanya, semakin bertambah pula kekikirannya. Tidak ada nilai-nilai yang dapat dibanggakan di dalam hatinya. tidak ada bekas-bekas pengorbanan di telapak tangannya dan tidak nampak guratan-guratan akhlak mulia di wajahnya.

Semakin tinggi statusnya dan kedudukannya di dalam masyarakat, semakin tinggi pula kesombongannya. Dia tertipu dan terpedaya. Suka mendabik dada. Kesombongan yang melampau. Tetapi pada akhir kesudahannya dia tidak mendapatkan suatu apa pun.

Sabda Rasulullah SAW;
“Orang-orang yang sombong akan dihimpunkan pada hari kiamat nanti bagaikan semut paling kecil hingga terinjak-injak oleh telapak kaki orang-orang lainnya.”

 
~Dr’ Aidh Abdullah al-Qarni~

Buku; La Tahzan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan