Jumaat, 5 Julai 2013

Kawal Minda Elak Murung

Bagaimana boleh mengelak seseorang menjadi murung atau depress? Kemurungan kebanyakannnya adalah hasil dari mempunyai masa terluang dan membiarkan minda kita melayang tanpa tentu, samada kita dalam keadaan gembira atau tidak.

Untuk mengatasinya mudah, kawal minda kita daripada melayang liar dengan melakukan kerja. Apabila kita membuat sesuatu dengan serius, darah kita akan bergerak dan minda kita...
akan mula fokus.

Dengan sekejap saja, kita akan terasa minda kita bebas daripada kebimbangan dan ketakutan akibat pemikiran kita yang liar.

(Quran 9: 105)
“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Bagi yang menghadapi kemurungan, teruskan membuat kerja dan konsisten - kerana itulah ubat paling murah Allah berikan kepada manusia dalam menghadapi kemurungan.

Senyum
 
~ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan