Sabtu, 13 Julai 2013

Cinta Kelas Dua?

“Macam mana nak tentukan yang cinta kita pada manusia tak melebihi cinta kita pada Allah?”
“Mudah saja. Cuba nilai, apakah cinta kita pada manusia tu melalaikan kita daripada perintah Allah? Kalau ya, itu menunjukkan cinta kita sudah tersasar. Seperkara lagi, kalau bertembung kehendak Allah dengan kehendak orang yang kita cintai, mana satu yang kita dulukan...  Kalau kita dulukan kehendak kecintaan kita, maka itu juga menunjukkan cinta kita telah tersasar.”

“Saya rasa ni yang banyak berlaku dalam rumah tangga hari ini. Inilah puncanya mengapa ramai pasangan suami isteri berpisah. Bukan kerana tidak saling menyintai sesama mereka tapi kerana cinta mereka itu telah meminggirkan cinta Allah. Maka jadilah cinta mereka cinta kelas dua!”
“Manusia merancang dengan cintanya. Tuhan menentukan dengan cintaNYA. Cinta berdasarkan fitrah saja tak cukup kukuh untuk bertahan menghadapi ujian rumah tangga...”

“Cinta berdasarkan fitrah? Maksudnya?”
“Cinta fitrah ialah cinta yang dikurniakan secara semula jadi oleh Tuhan. Itu ada pada semua manusia, yang Islam dan bukan Islam, yang taat  atau derhaka...”

“Itulah cinta kelas dua yang awak maksudkan tadi?”
“Ya. Untuk meningkat ke cinta kelas pertama, Tuhan utuskan para rasul membawa petunjukNYA - Islam. Dalam agama, ada cinta daerah tinggi... cinta Tuhan. Dengan petunjuk agama, cinta fitrah tadi dimurnikan daripada kotoran nafsu, dilindungi dari bujukan syaitan, dipandu oleh cahaya ilmu, disuburkan dengan iman, disalurkan mengikut syariat dan akhirnya dihiasi oleh akhlak. Ketika itu bertukarlah cinta kelas dua menjadi cinta kelas pertama!”

~ Ustaz Pahrol Mohamad Juoi ~
Buku; Satu Rasa Dua Hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan